Mohon bantuan cari waris bayi ditinggalkan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di sebuah hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan S...

Mohon bantuan cari waris bayi ditinggalkan



SHAH ALAM - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di sebuah hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Seksyen 7 di sini tengah malam tadi.
ㅤ ㅤ
Dalam kejadian pukul 12.45 tengah malam itu, bayi malang tersebut ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain berwarna merah jambu dengan kesan darah di bahagian pusatnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bayi tersebut ditemui oleh seorang pemandu lori yang dalam perjalanan menuju ke stor syarikat kateringnya.
ㅤ ㅤ
Katanya, ketika dalam perjalanan pemandu lori berkenaan telah melihat suatu objek sebelum memberhentikan kenderaannya. "Sebaik turun, pemandu lori itu telah mendengar suara bayi menangis dan membawa bayi yang masih bertali pusat dan mengalami pendarahan sedikit di tali pusat ke pondok polis Hospital Shah Alam. "Kita percaya bayi perempuan itu ditinggalkan di hentian bas berkenaan sebaik dilahirkan," katanya di sini sebentar tadi.

Orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat boleh hubungi Balai Polis Shah Alam di talian 03-5520 2222.
ㅤ ㅤ
Sumber: Kosmo

0 comments:

Kongsi Portal Ini