*Bekas vokalis Panji menderita Hepatitis C mohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





*Vokalis Panji, Mohd Rafi telah meninggal dunia. Al-fatihah. Kuantan - Tidak mampu bercakap lama dan hilang kudrat untuk bergerak ...

*Bekas vokalis Panji menderita Hepatitis C mohon bantuan


*Vokalis Panji, Mohd Rafi telah meninggal dunia. Al-fatihah.

Kuantan - Tidak mampu bercakap lama dan hilang kudrat untuk bergerak adalah derita yang kini sedang ditanggung oleh bekas vokalis kumpulan Panji, Mohd Rafi Ibrahim selepas doktor mengesahkan menghidap Hepatitis C.

“Saya sudah tidak berdaya lagi untuk bekerja dan untuk berbual juga sukar, kalau boleh memang hendak segera sembuh tetapi doktor maklumkan hati saya gagal untuk berfungsi,” katanya yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Mohd Rafi yang lebih dikenali sebagai Opie, 48, sebelum ini dikejarkan ke HTAA selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berehat di rumah mereka di Indera Sempurna, di sini, Sabtu lalu.

Opie yang sebelum tidak sedarkan diri dan dirawat di wad kecemasan HTAA, kini boleh berinteraksi dan berbual bersama mereka yang melawatnya namun tidak mampu bercakap untuk tempoh lama.

“Doktor kata saya perlu menjalani satu lagi pemeriksaan lanjut pada 20 Ogos ini, kini saya disahkan mengalami hepatitis C dan kegagalan hati untuk berfungsi dengan baik,” katanya.

Opie yang berasal dari FELDA Jerangau, Terengganu pernah popular dengan album Senang pada tahun 1993 hingga tercalon untuk anugerah Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) pada Anugerah Industri Muzik 1993.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kasih Yang Tidak Pasti mengakui dirinya sudah tiga bulan tidak bekerja sebagai tukang paip kerana menderita penyakit itu dan mengharapkan ihsan saudara terdekat.

Opie yang mendirikan rumah tangga dengan Suhailiza Ahmad, 42, sejak 11 tahun lalu mempunyai enam anak, termasuk tiga yang masih kecil dan bersekolah.

Sementara itu, Suhailiza yang boleh dihubungi di talian berikut berkata, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh dihulur ke nombor akaun berikut atas nama Suhailiza Ahmad:

019-9447083
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini