
Ayer Hitam - Jawatankuasa Masjid Ar Rahman Kerpan bakal menganjurkan Majlis Sumbangan Ramadan Fakir Miskin dan Anak Yatim pada 12 Mei ini.
Setiausahanya, Sabri Safie berkata, sumbangan berkenaan akan disalurkan kepada 60 penerima daripada beberapa kawasan dalam kariah ini.
Katanya, setiap penerima akan menerima bantuan keperluan dapur seperti gula, beras, minyak masak dan lain-lain bernilai RM50 setiap orang.
“Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan mana-mana pihak yang bermurah hati untuk bersama kami menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan ini.
Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah SWT, Dia akan balas dan ‘membayarnya’ di dunia lagi.
Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Contohnya, ada orang memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, tetapi Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
Kepada yang berminat untuk menderma, boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama
Masjid Ar Rahman Kerpan atau hubungi Sabri Safie:
![]() |
019-4646643 |
Progress:
|
Goal: RM1000 |
0 comments: