Remaja OKU hilang dari rumah di Johor Bahru - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Johor Bahru - Remaja lelaki OKU berusia 18 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, sejak Ahad lalu. ...

Remaja OKU hilang dari rumah di Johor Bahru



Johor Bahru - Remaja lelaki OKU berusia 18 tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, sejak Ahad lalu.

Muhammad Adib Abd Aziz, dikatakan keluar dari rumahnya pada 11.30 pagi dan pada mulanya ibunya menyangka dia keluar berjumpa rakannya di kawasan perumahan berkenaan.

Bagaimanapun selepas remaja itu tidak pulang ke rumah sehingga petang, ibunya, Kamariah Senin, 43, yang juga OKU lembam bersama keluarganya cuba mengesannya, tetapi gagal sebelum membuat laporan polis pada 6 petang keesokannya.

Ibu saudaranya, Azlina Mahmood, 46, berkata mereka sekeluarga cuba mengesan Muhammad Adib di lokasi berhampiran rumah termasuk Taman Desa Mutiara, Bandar Baru Uda, Kampung Pasir dan Kempas, tetapi gagal.

“Sudah lima hari kami mencarinya di merata tempat, tetapi sehingga kini tiada sebarang berita mengenai kehilangannya. Kami bimbang dengan keselamatannya, mana dia makan dan minum.

“Lagipun dia keluar rumah sehelai sepinggang, tidak membawa dompet, pengenalan diri dan wang.

“Biasanya Muhamad Adib jarang keluar rumah dan dia tidak boleh bercakap dengan jelas, jadi kehilangannya menyebabkan kami sangat bimbang,” katanya ketika membuat aduan.

Azlina berkata, Muhammad Adib keluar rumah dengan memakai baju kelabu dan berseluar jeans hitam.

Katanya, berdasarkan maklumat orang ramai, remaja itu dilihat berjalan di hadapan Ibu Pejabat Pasukan Polis Marin, dekat Kampung Pasir Putih, dua hari lalu.

“Selepas itu, kami mencari Muhammad Adib di sekitar Kampung Pasir Putih, tetapi sehingga kini gagal dikesan dan sudah menyebarkan berita kehilangan remaja itu menerusi media sosial.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai Muhammad Adib diminta menghubungi saya atau balai polis berhampiran,” katanya.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat sila hubungi Azlina Mahmood: 013-21924019

Kongsi Portal Ini