![]() |
*Al-fatihah. Adik Qayyum telah meninggal dunia pada 26 April 2018 11.30 pagi tadi. |
*Al-fatihah. Adik Qayyum telah meninggal dunia pada 26 April 2018 11.30 pagi tadi. Mohon orang ramai doakan kesembuhan buat adik Muhd Q...
*Adik Qayyum menderita penyakit kanser saraf selama 3 tahun
Adik Muhd Qayyum Roslizam, 6, menderita penyakit kanser saraf selama
tiga tahun, ketumbuhan di mata dan pendengarannya turut terjejas,
membuatkan ramai netizen terasa sayu dan pilu melihat keadaannya itu.
Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Nick Amisafiq itu viral di media sosial dan telah dikongsi hampir 6,000 kali.
"Assalamualaikum semua. Hari ini TGKWC melawat adik Muhd Qayyum B.
Roslizam berusia enam tahun di rumah atoknya di Kampung Nelayan Tanjung
Piandang, Bagan Serai.
"Adik Qayyum menderita selama tiga tahun kanser saraf, ketumbuhan di
mata dan pendengaran kurang jelas yang menyebabkan adik Qayyum tidak
dapat melihat dan tidak boleh berdiri serta tidak dapat menguruskan diri
seperti kanak-kanak lain.
"Adik Qayyum perlu tambah darah empat hari sekali di Hospital Pulau
Pinang. Dia telah menjalani rawatan kimoterapi tetapi keadaan adik
Qayyum tidak ada perubahan.
"Kami diberitahu bahawa adik Qayyum sekarang kansernya di tahap empat.
Marilah kita seluruh rakyat Malaysia mendoakan adik Qayyum supaya sembuh
dan boleh bermain seperti kanak-kanak yang lain," katanya.
Menurut Nick, dia memuat naik luahan itu kerana adik Qayyum sebaya dengan adiknya.
Nick juga berterima kepada individu yang turut serta dalam misi dan
memberi bantuan kepada keluarga berkenaan yang dapat membantu serba
sedikit dan memberi semangat kepada adik Qayyum untuk terus berjuang
melawan penyakit tersebut.
Share This
About Author: Hicore
Hey there, We are KCPbantu! We are trying to provide you the new way to look at Malaysia Baru. Our people are working hard and pushing the boundaries of possibilities to widen the horizon of the regular charities and provide high quality contents to all hardworking Malaysians!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments: