![]() |
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo bertemu dengan bintang UFC Muslim dari Rusia, Khabib Nurmagomedov di Madrid, Sepanyol. |
Walaupun kurang dikenali di Nusantara, populariti Khabib Nurmagomedov semakin berkembang di seluruh dunia terutama di kalangan peminat sukan tempur UFC. Bintang UFC berketurunan Dagestan yang tidak pernah kalah itu (28-0 MMA, 12-0 UFC), akan bertemu dengan Tony Ferguson dalam pertarungan gelaran di UFC akan datang mungkin pada bulan Februari, sempat mengambil sedikit masa sebelum masuk ke kem latihan untuk berjumpa dengan superstar bola sepak Cristiano Ronaldo.
Nurmagomedov merupakan tetamu undangan kelab bola sepak Sepanyol Real Madrid pada hujung minggu, pengurusnya, Ali Abdelaziz, memberitahu media. Mereka mengambil sedikit masa untuk saling bertukar hadiah. "The Eagle" mendapat jersi Ronaldo dan sebagai balasan memberikan papakha (topi bangsa Avar) dan jersi beliau.

Nurmagomedov merupakan antara juara UFC yang mempunyai pengikut media sosial paling ramai. Dia kini mempunyai 18 juta pengikut Instagram, jauh kalau dibandingkan dengan 120 juta pengikut instagram Ronaldo. UFC 223 berlangsung 7 April 2018 di Barclays Center di Brooklyn, N.Y. Nurmagomedov lawan Ferguson merupakan pertempuran utama PPV (Pay Per View). Nurmagomedov bukan juara UFC pertama berkongsi interaksi awam dengan Ronaldo di media sosial; Juara UFC yang lalu Conor McGregor menerima kedatangan Ronaldo ke gimnya di Las Vegas pada Julai 2016.
Bintang UFC Rusia, Khabib Nurmagomedov akan berdoa sebelum masuk gelanggang. Baca kisah lanjut Khabib https://t.co/o3aEbX7OEh pic.twitter.com/IQdFtLprvP— KCP Kuantan City Portal | Kuantan City (@kuantancity) February 17, 2018
Berikut merupakan sedikit biodata tentang Khabib Nurmagomedov:

Lahir Agama Gelaran T.Tinggal Bangsa Tinggi Berat Kategori |
Sep 20, 1988 Dagestan ASSR, Russian SFSR Islam The Eagle Makhachkala, Dagestan, Rusia Avar, Dagestan, Rusia 5 ft 9 in (1.75 m) 156 lb (71 kg; 11.1 st) Lightweight |
---|---|
Rekod perlawanan | |
Jumlah Menang Kalah |
28 28 0 |
0 comments: