Rumah uzur dimakan anai-anai, wanita mohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Jerlun - Ungkapan ‘Rumahku Syurgaku’ tiada erti bagi seorang suri rumah, Nur Hapizah Azmi, 37 dari Kampung Tempayan Pecah, di sini apab...

Rumah uzur dimakan anai-anai, wanita mohon bantuan


Jerlun - Ungkapan ‘Rumahku Syurgaku’ tiada erti bagi seorang suri rumah, Nur Hapizah Azmi, 37 dari Kampung Tempayan Pecah, di sini apabila rumah pusaka yang didiaminya serba daif akibat dimakan anai-anai sejak 30 tahun lalu.

Katanya pendapatan suaminya, Hasan Abdullah, 39, sebagai pengendali jentera penuai dengan pendapatan kira-kira RM700 sebulan tidak mampu membaik pulih rumah itu yang menelan kos yang terlalu tinggi.

“Selepas angin kuat menerbangkan bumbung rumah kami dua tahun lalu, zink nipis yang diganti pula berlubang, malah kayu siling, papan dan tiang rumah berlubang dimakan anai-anai.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Hassan Abdullah atau hubunginya:


017-5992847
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini