Raisah derita kegagalan usus mohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Lumpur - Tiga tahun lamanya pesakit kegagalan usus Nurain Raisah Khairani, 3, tidak berpeluang merasa kehidupan normal seperti ...

Raisah derita kegagalan usus mohon bantuan


Kuala Lumpur - Tiga tahun lamanya pesakit kegagalan usus Nurain Raisah Khairani, 3, tidak berpeluang merasa kehidupan normal seperti kanak-kanak lain apabila membesar dengan wayar berselirat pada badan dan bergantung hidup dengan zat yang hanya diserap melalui mesin Total Parenteral Nutrition (TPN).

Lebih memilukan kakak kembarnya Nurain Kaisah Khairina hanya sempat dibawa pulang buat pertama kalinya ke rumah mereka di Muar, Johor sebagai jenazah apabila dijemput Ilahi, awal Oktober lalu.

Demi kasih sayang, ibu bapa serta dua lagi abang dan kakak mereka melakukan pengorbanan besar apabila Hospital Melaka dan Pusat Perubatan Universiti Malaya yang diibaratkan rumah kedua menjadi saksi suka duka mereka sekeluarga selama tiga tahun.

Menurut ibu kembar berkenaan Nur Hidayah Mukhtar, 37, di situlah dunia mereka, makan, tidur dan mandi selama tiga tahun hinggakan dia dan suami Masnordin Sakirman, 38, sebagai penjawat awam terpaksa berpindah tugas di Selangor kerana si kembar memerlukan sokongan dan perhatian daripada ahli keluarga.

Orang ramai yang ingin membantu Nurain Raisah Khairani boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama ibunya, Nur Hidayah Mukhtar:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000

0 comments:

Kongsi Portal Ini