
Ia mendapati bahawa 3.7 bilion orang yang membentuk separuh termiskin di dunia tidak meningkat pendapatan mereka pada tahun 2017, sementara 82% kekayaan yang dihasilkan tahun lalu menjadi milik 1% elitis terkaya. "(Ia) mendedahkan bagaimana ekonomi kita memberi ganjaran kepada kekayaan dan bukan kerja keras berjuta-juta orang," kata pengarah eksekutif Winnie Byanyima, kepada Reuters. "Beberapa orang di bahagian atas menjadi lebih kaya dan kaya dan berjuta-juta di bahagian bawah terperangkap dalam jurang kemiskinan."

Byanyima menyalahkan "pengelak cukai" kaya sebagai punca utama ketidaksamaan global dan mendesak pemimpin dunia untuk menekan kawasan "tax haven" dan menyalurkan wang ke pendidikan, penjagaan kesihatan dan pekerjaan untuk golongan muda.
Laporan tahunan oleh Oxfam mendapati bahawa jumlah jutawan meningkat pada kadar satu setiap dua hari antara Mac 2016 hingga Mac 2017, manakala di Amerika Syarikat tiga orang terkaya memiliki kekayaan yang sama dengan separuh penduduk yang paling miskin. Oxfam mengatakan pekerja wanita paling teruk terkesan akibat ketidaksamaan global kerana mereka secara konsisten mendapat upah kurang daripada lelaki dan biasanya mempunyai jawatan yang lebih rendah dan tidak terjamin.
"Model ekonomi sekarang tidak berfungsi sama sekali," kata pengarang Oxfam, Iñigo Macías Aymar, kepada Yayasan Thomson Reuters. "Dengan cara ini kekayaan dibahagikan, kita benar-benar risau, ia tertumpu dalam tangan beberapa orang paling berkuasa. "Oxfam menyeru agar semua pekerja menerima gaji minimum, penghapusan jurang gaji jantina dan peraturan yang lebih tegas untuk tindakan kepada pengelak cukai.
Sumber: Fortune Magazine
0 comments: