
Seremban - Baharu sahaja ingin merasa gembira menerima kehadiran cahaya mata pertama, diuji pula anak yang dilahirkan menghidap penyakit hempedu sempit.
Namun, itulah yang terpaksa dilalui oleh Siti Fatihah Wan Manshor, 25, yang buntu memikirkan kos perubatan dan pembedahan anaknya Muhammad Khalish Fahruddin yang berusia tujuh bulan.
Menurutnya, sejak anak sulungnya itu dilahirkan dia dan suami terpaksa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Pada awalnya anak saya hanya disahkan mengalami masalah penyakit jaundis atau demam kuning sahaja. Tapi keadaan dia semakin membimbangkan kerana tahap demam kuningnya tetap tidak berkurangan walaupun sudah lebih seminggu.
“Bila rawatan susulan dibuat di Hospital Kuala Lumpur, doktor sahkan anak saya hadapi masalah saluran hempedu sempit dan perlu menjalani pembedahan segera,”katanya.
Kata Siti Fatihah, anaknya pernah menjalani pembedahan pertama bagi membuang saluran hempedu, namun kesan daripada itu perutnya membuncit dan kini baharu sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas dirawat 23 hari.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Siti Fatihah Wan Manshor:
0 comments: