Buat apa saja demi ibu uzur - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Sesiapa yang ingin menghulur bantuan boleh hubungi: Abd Rahman Abd Wahid: 012-7618886

Buat apa saja demi ibu uzur


Sesiapa yang ingin menghulur bantuan boleh hubungi:
Abd Rahman Abd Wahid: 012-7618886


“Saya akan buat apa saja demi ibu, sejak dia sakit awal tahun lalu saya perlu berbelanja sekitar RM1,600 sebulan untuk beli susu, makanan tambahan, pampers dan ubat-ubatan,” kata Abd Rahman Abd Wahid, 53. Dalam masa sama, Abd Rahman yang sudah bersara, kini perlu bekerja semula sebagai tukang rumah demi membeli keperluan untuk ibu tercinta, Zainab Ya’acobe, 88.

Menurut Abd Rahman, ibunya yang menghidap sakit tua itu tidak boleh berjalan dan memerlukan penjagaan sepenuh masa, termasuklah untuk urusan hariannya seperti makan, pakai dan membersihkan diri. Katanya, isterinya juga, Siti Farina Sulaiman, 50, juga perlu bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi menampung keperluan mereka sekeluarga, lebih-lebih lagi anaknya kini masih belajar.

“Bagi beli susu dan makanan tambahan, saya memerlukan RM160 untuk tiga hari, dan hampir RM700 untuk sebulan. Itu belum lagi beli pampers dan ubat-ubat tertentu untuk ibu. “Ada kalanya sekiranya pendapatan saya dan isteri tak mencukupi, kami terpaksa pinjam daripada kenalan serta ahli keluarga yang terdekat. Jika saya dan isteri bekerja, kakak saya (Salmah, 56) pula akan menjaganya. “Malah lebih teruk lagi kini, ibu tak boleh makan dan hanya bergantung pada susu dan makanan tambahan yang diberikan melalui tiub khas,” katanya ditemui di kediamannya di Kampung Linau, Bukit Pasir, di sini.


Sumber: https://goo.gl/8fhxNS

0 comments:

Kongsi Portal Ini