Ibu tunggal perlu bantuan tampung anak perempuan OKU - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Bukit Mertajam - Umi Kelsom Ree berkata, anak keduanya daripada empat beradik, Norjan S Ahmad, 33, perlu diberi minum susu khas tiga j...

Ibu tunggal perlu bantuan tampung anak perempuan OKU


Bukit Mertajam - Umi Kelsom Ree berkata, anak keduanya daripada empat beradik, Norjan S Ahmad, 33, perlu diberi minum susu khas tiga jam sekali melalui tiub dipasang di hidung, sekali gus memerlukannya memperuntukkan hampir RM1,000 untuk susu khas itu sebulan.

Umi Kelsom berkata, sebelum itu dia hanya mengharapkan pendapatan arwah suaminya, S Ahmad Shiraldin yang bekerja sebagai nelayan untuk membeli bekalan susu khas namun arwah meninggal dunia empat tahun lalu akibat sakit buah pinggang dan kencing manis.

Sejak itu, katanya, dia hilang punca kewangan dan hanya mengharapkan elaun OKU daripada JKM atas nama Norjan sebanyak RM300 setiap bulan.

“Bekalan susu khas pernah terputus menyebabkan saya memberikan Norjan makan air nasi mendidih dan susu biasa walaupun doktor tidak membenarkan saya berbuat demikian kerana ketika itu saya tiada duit walaupun untuk membeli setin susu.

“Walaupun mempunyai tiga anak sudah berkahwin dan bekerja, mereka mempunyai komitmen masing-masing, selain pendapatan hanya cukup-cukup makan,” katanya.

Mengimbas kembali, Umi Kelsom berkata, Norjan berstatus OKU sejak lahir menyebabkan pergerakannya terbatas dan hanya mampu mengengsot dan merangkak namun tidak dalam keadaan seteruk ketika ini.

Dia berkata, selepas Norjan terkena serangan jantung awal Mac lalu, dia dimasukkan ke wad ICU di Hospital Bukit Mertajam dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri selama dua minggu.

“Selepas sedar daripada koma, keadaan badan Norjan bertambah buruk apabila kaki dan tangannya menjadi keras, membengkok dan hanya mata mampu melihat, sekali gus perlu menerima rawatan dan perhatian daripada doktor yang memakan masa selama empat bulan di HBM.

“Doktor menasihatkan saya supaya tidak membiarkan Norjan keseorangan kerana jika serangan jantung berlaku buat kali kedua berkemungkinan CPR tidak dapat dilakukan berikutan paru-parunya yang rosak,” katanya yang memerlukan modal membuka gerai runcit kecil-kecilan di hadapan rumah untuk menjana pendapatan harian.

Menurutnya, dia perlu membawa Norjan melakukan rawatan susulan tiga bulan sekali dan fisioterapi sebulan dua kali di Hospital Seberang Jaya, sekali gus turut memerlukan kerusi roda bagi memudahkan pergerakannya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Umi Kelsom atau menghubunginya:

011-24192748
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini