KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: tanjung malim

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Memaparkan catatan dengan label tanjung malim. Papar semua catatan

Tanjung Malim - Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada pemberi maklumat kejadian anak kucing yang dibun...


Tanjung Malim - Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada pemberi maklumat kejadian anak kucing yang dibunuh kejam di Tanjung Malim, Perak.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima maklumat kucing itu ditemui tergantung dengan tali rafia di sebuah pondok.

Menurutnya, wakil pihaknya di Tanjung Malim sedang mengumpul maklumat bagi membolehkan pelaku kejam itu ditangkap oleh pihak berkuasa.
.
“Kita sedang mendapatkan maklumat daripada orang awam yang tinggal di berdekatan kawasan itu, termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai yang terletak berdekatan.
.
“Perbuatan ini sangat kejam. Apa salah besar kucing ini sehingga dihukum gantung sampai mati?
.
“Walau apa sebab sekali pun, kenapa pelaku itu sanggup membunuh tanpa rasa belas kasihan. Kejadian ini sangat zalim serta melanggar norma manusia,” katanya.

Arie berkata, pelaku boleh didakwa mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.
.
“Oleh itu, kita tawarkan wang ganjaran sebanyak RM1,000 kepada kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sehingga pelaku itu ‘ditendang’ ke penjara dan boleh ditangkap dan didakwa di mahkamah.
.
“Mereka yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada kami melalui talian berikut (WhatsApp sahaja),” katanya.



blog counter views

Kongsi Portal Ini