Keluarga daif berniaga tak laku kerana PKP, anak koma kerana jangkitan kuman - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Pasir Puteh - Seorang ibu terpaksa meneruskan aktiviti perniagaan kecilan menjual minuman dan makanan ringan sepanjang PKP bagi memasti...

Keluarga daif berniaga tak laku kerana PKP, anak koma kerana jangkitan kuman



Pasir Puteh - Seorang ibu terpaksa meneruskan aktiviti perniagaan kecilan menjual minuman dan makanan ringan sepanjang PKP bagi memastikan anak bongsunya, Muhammad Muhaimin,4, yang koma akibat jangkitan kuman otak sejak kecil tidak kelaparan.

Tanpa berselindung, Yasniza Yaacub, 41, mengakui anak bongsunya itu bergantung sepenuhnya kepada susu jenis Pedisure yang berharga RM165 setin untuk mendapatkan tenaga bagi meneruskan hidup selain ubat-ubat dibekalkan oleh pihak hospital dalam melawan penyakit berkenaan.

Yasniza berkata, sejak PKP dilaksanakan pendapatan keluarga terjejas teruk apabila suami, Rusmawi Ab Sattar,42, yang bekerja buruh tidak dapat keluar dari rumah untuk mencari rezeki.

"Bila suami tidak dapat keluar bekerja, terpaksalah saya meneruskan aktiviti jualan secara kecil-kecilan di hadapan rumah bagi mendapatkan wang bagi memastikan stok susu Muhammad Muhaimi tidak terputus.

"Namun, sejak PKP saya dan suami berdepan kesukaran apabila jualan sedikit menyusut malah pernah tiada pelanggan sepanjang hari.

"Namun kami tetap 'tenang' menempuh ujian ini kerana percaya rezeki dari ALLAH tetap ada, asalkan kita usaha," katanya di rumahnya di Kampung Alor Batu, Selising.

Menurutnya, setiap bulan dia dan suami memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk perbelanjaan susu dan lampin pakai buang Muhammad Muhaimi.

Katanya, selain itu dia dan suami terpaksa menanggung tiga lagi anak-anak mereka berusia 18 hingga 11 tahun yang masih lagi bersekolah.

"Jika suami keluar bekerja, saya terpaksa 'berehat' daripada berniaga kerana Muhammad Muhaimi memerlukan tumpuan penuh.

"Kami sedikit lega apabila mendapat bantuan bulanan berjumlah RM350 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Yasniza berkata, bagaimanapun dia dan suami perlu tetap berusaha bagi memastikan dapur rumah mereka terus 'berasap'.

Katanya, hal ini kerana dia dan suami tidak sanggup melihat anak-anak mereka membesar dalam keadaan serba kekurangan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Yasniza Yaacub:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini