Bayi comel 11 bulan menderita penyakit hormon insulin berlebihan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Machang - Usianya baru mencecah 11 bulan namun sudah menanggung derita apabila terpaksa bergantung dengan suntikan Octreotide seumur hid...

Bayi comel 11 bulan menderita penyakit hormon insulin berlebihan


Machang - Usianya baru mencecah 11 bulan namun sudah menanggung derita apabila terpaksa bergantung dengan suntikan Octreotide seumur hidup selepas disahkan menghidap penyakit Congenital Hyperinsulinism.

Ibunya, Siti Noradila Mohd Nurdin, 26, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu dikesan menghidap penyakit berkenaan selepas lima jam dilahirkan.

“Saya melahirkannya di Hospital Machang namun, dia mengalami kebiruan dan dirujuk ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan lanjut sebelum disahkan menghidap penyakit itu.

“Tiga bulan dia dalam pemantauan sebelum dibenarkan pulang ke rumah kami di Kampung Merbau Chondong, Machang.

“Jika tengok luaran, dia nampak sihat dengan pipi dan tubuh montel tetapi hakikatnya, dia menderita penyakit yang perlu bergantung kepada ubat seumur hidupnya,” katanya.

Siti Noradila berkata, Nur Shazia Airis perlu mengambil ubat empat kali sehari untuk mengawal paras gula dalam badannya selain berjumpa pakar endokrinologi di HUSM sebulan sekali.

“Jika kekurangan gula yang teruk, dia mudah diserang sawan. Sebelum ini, sampel saya, suami dan anak sulung diambil untuk ujian DNA di makmal luar negara.

“Ia untuk pengesahan penyakit dan cadangan rawatan serta lain-lain berkaitan penyakit anak namun, sudah enam bulan menunggu keputusan itu,” katanya.

Buat sementara waktu, pakar tempatan mengesyorkan Nur Shazia Airis mengambil ubat mengawal paras gula dan menjalani pembedahan Laparoscopic Pancreas di China atau Eropah.

Bagaimanapun Siti Noradila berkata, pembedahan di luar negara memerlukan perbelanjaan tinggi dan sukar ditanggung keluarganya.

Ketika ini katanya, dia perlu memperuntukkan RM1,000 untuk membeli perubatan anaknya dan kelengkapan lain seperti jarum suntikan serta susu.

Suaminya, Mohd Syazwan Mat Yaakub, 30, adalah penjawat awam yang berpendapatan RM1,700 sebulan, manakala anak sulung, Muhammad Syamil Azfar, 5, bersekolah.

“Besar harapan kami untuk melihat Nur Shazia Airis sembuh dan menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Siti Noradila Mohd Nurdin atau menghubunginya:

014-5307190
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

0 comments:

Kongsi Portal Ini