Bayi perlukan bantuan kewangan untuk rawat buah pinggang rosak - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Petaling Jaya - Berusia baru mencecah empat bulan, seorang bayi perempuan Nur Aisha Azhara Mohd. Yusof telah mengalami penyakit ‘left hyd...

Bayi perlukan bantuan kewangan untuk rawat buah pinggang rosak


Petaling Jaya - Berusia baru mencecah empat bulan, seorang bayi perempuan Nur Aisha Azhara Mohd. Yusof telah mengalami penyakit ‘left hydronephrosis and bilateral megaureters’ yang menyebabkan buah pinggang kirinya rosak.

Menurut bapa bayi tersebut, Mohd. Yusof Ismail, 34 , yang bertugas sebagai penghantar sambilan, anak keduanya itu disahkan menghidap penyakit tersebut sejak dalam kandungan lagi.

“Saya dan isteri mendapat tahu dari doktor anak saya mengalami masalah buah pinggang kirinya sejak dalam kandungan lagi.

“Setelah dilahirkan Nur Aisha Azhara mengalami masalah buah pinggang kiri tidak berfungsi,” kata beliau yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang di sini.

Beliau berkata demikian ketika dikunjungi rombongan NGO 99 Kebajikan Insan Selangor, Persatuan Anak Pantai Timur (Peranti) dan Anak Kelantan Bersatu.

Mohd. Yusof berkata, anaknya kini memerlukan rawatan susulan dan perlu sentiasa dipantau rapi, sekali gus meningkatkan kos perbelanjaan harian yang perlu ditanggung.

Beliau berkata, pendapatan isterinya, Juliana Riduan, 34, dan dirinya tidak sampai RM2,000 sebulan membuatkan mereka tidak mampu untuk menampung kos rawatan yang tidak menentu jumlahnya.

“Lebih membimbangkan rawatan susulan akan menjadi lebih tinggi selaras dengan peningkatan usia anak saya, “kata beliau.

Sementara itu, wakil NGO, Muhd. Ali Zakariah berharap orang ramai dan juga syarikat korporat tampil untuk memberikan bantuan untuk dirawat di hospital swasta.

“Mungkin dengan rawatan rapi di hospital swasta, Nur Aisha Azhara akan mendapat pemeriksaan yang lebih teliti. Saya bimbang kesihatannya merosot jika lambat dirawat,”katanya.

Orang ramai yang ingin membantu adik Nur Aisha Azhara boleh memasukkan sumbangan wang ke  akaun bank milik Mohd. Yusof Ismail atau menghubungi beliau:

016-3154805
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini