Ibu pilu Abbsy Nauqid hidap masalah jantung dan dalam pemerhatian IJN - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Bentong - Pasangan suami isteri dari Taman Muhibah, Bentong sedih mengenangkan nasib anak sulung mereka yang mengalami masalah jantung. ...

Ibu pilu Abbsy Nauqid hidap masalah jantung dan dalam pemerhatian IJN


Bentong - Pasangan suami isteri dari Taman Muhibah, Bentong sedih mengenangkan nasib anak sulung mereka yang mengalami masalah jantung.

Lebih memilukan Mohamad Safuan Januri, 28, dan Norliana Mat Isa, 25, tiada pendapatan tetap untuk menyediakan perbelanjaan rawatan susulan anak mereka. 

Pasangan ini juga terpaksa menyewa rumah tanpa bilik dan menghentikan pembelian susu khas kepada Abbsy Nauqid, 6. "Dia tidak boleh minum susu lain kerana mengalami alahan tetapi kami terpaksa berhenti beli susu kambing itu kerana tidak mampu. 

Harganya kira-kira RM80 sepeket. "Kami hanya berharap dia akan kembali sihat selepas menjalani pembedahan pertama April tahun lalu dan rawatan susulan di Institut Jantung Negara pada masa ini," katanya. 

Norliana berkata, bantuan JKM tidak mencukupi dan dia bekerja mengambil upah melakukan pendawaian elektrik bagi menampung pendapatan keluarga. Katanya, anak sulung daripada dua beradik itu dikesan menghadapi masalah jantung selepas lahir. 

"Pada masa ini pihak IJN hanya melakukan pembedahan mengatasi masalah jantung berlubang dan masih memantau perkembangan Abbsy Nauqid," katanya.  

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan JKM negeri, Zulkhairi Zainol Abidin berkata JKM telah menyerahkan bantuan segera sebanyak RM300 kepada keluarga berkenaan.

"JKM juga telah memproses permohonan bulanan sebanyak RM350 di bawah Bantuan Pesakit Kronik terhadap keluarga itu bagi meringankan beban mereka," katanya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian berikut atau menghulurkan sumbangan ke akaun bank atas nama Norliana Mat Isa:

013-9443767
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini