
Muhamad Iezad Mohamed Rosli atau dipanggil Ijad juga semakin kehilangan berat badan yang susut kepada sembilan kilogram berbanding 14.5 kg sebelum ini.
Ibunya, Norlanda Sahran, 40, bekas guru sekolah agama, berkata kesihatan anak sulungnya itu terus merosot sejak setahun lalu.
Dia yang menetap di Kampung Parit Shukur, Mukim 7, Parit Raja, Batu Pahat, dekat sini, berkata usus anaknya mengalami kebocoran menyebabkan najis tidak dapat disalurkan ke dalam beg najis di perutnya dengan sempurna.
“Dia sering diserang asma dan nanah kerap terhasil dalam telinga sehingga perlu disedut keluar. Ijad juga semakin kerap sawan dan muntah darah, malah tidak dapat tidur malam.
“Selain itu, Ijad juga kadang-kadang tidak mahu minum air menyebabkan kami memaksanya minum. Tubuhnya semakin cengkung dan mengecut.
“Walaupun semakin uzur, saya dan keluarga tetap tawakal dan berusaha sebaik mungkin untuk merawat Ijad termasuk membawanya ke klinik dan hospital jika komplikasi penyakitnya bertambah buruk,” katanya ketika dihubungi.
Kisah Ijad yang dilahirkan dengan saiz badan sebesar botol kicap dan dijangka hanya mampu hidup selama seminggu selepas dilahirkan, dilaporkan pada 2015.
Dia dilaporkan mengalami pelbagai komplikasi kesihatan termasuk kaki bengkok, berjari empat, tidak mempunyai dubur, tidak mampu bercakap selain sawan, pembesaran terhenti, asma kronik, telinga bernanah dan kerosakan saraf mata.
Sementara itu, Norlanda berkata, beliau sekeluarga juga akan terus memastikan Ijad mendapat rawatan sewajarnya bagi membolehkan dia terus sihat.
“Walaupun kami bukan keluarga senang dan mempunyai tanggungan lain, Ijad adalah amanah Allah yang perlu dijaga sebaiknya seperti adik-beradiknya yang lain, ” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga Ijad serta meredakan bebanan ditanggung mereka boleh menyumbang melalui akaun bank berikut atas nama Norlanda Sahran:
0 comments: