Pelajar aktif sukan dan pintar tiba-tiba mengalami masalah penglihatan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Sungai Petani - Seorang pelajar aktif dalam akademik dan sukan hilang penglihatan mata kanan secara tiba-tiba ketika sedang berada di dal...

Pelajar aktif sukan dan pintar tiba-tiba mengalami masalah penglihatan


Sungai Petani - Seorang pelajar aktif dalam akademik dan sukan hilang penglihatan mata kanan secara tiba-tiba ketika sedang berada di dalam kelas sebulan lalu. Masalah penglihatan Siti Hajar Zaidi, 15, dikesan apabila dia mengalami simptom pening dan mata kabur sebelum pandangan gelap lalu mengadu kepada guru, Zaini Salleh.

Kejadian itu menyebabkan calon PT3 yang juga pelajar harapan SMK Amanjaya berkenaan menganggap masa depannya turut gelap. Ibunya, Zunaidah Saad, 46, berkata, Siti Hajar yang aktif dalam sukan olahraga serta mewakili sekolah dalam acara larian jarak dekat dan hoki peringkat daerah itu dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Halim. 

"Dia juga dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Kuala Lumpur selain ditahan wad selama 18 hari bagi mendapatkan pengawasan doktor. “Sampai sekarang, pihak hospital tak dapat sahkan secara rasmi penyakit dialami. Sebelum ini kami diberitahu saraf belakang matanya bengkak dan seolah-olah pecah pembuluh darah,” katanya. 

Menurutnya, pekerjaan sebagai pembantu gerai yang menerima upah RM25 hingga RM30 sehari terjejas kerana sudah lama bercu bagi menguruskan anak ketiga dari lima beradik itu. "Dua kakak Si Hajar berusia 19 dan 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai kek dan pembantu taska untuk tampung perbelanjaan keluarga memandangkan saya ibu tunggal. 

"Dua adiknya murid SK Ambangan Height. Seorang adik berusia 12 tahun berada di aliran pendidikan khas kerana bermasalah pembelajaran manakala seorang lagi berusia 10 tahun," katanya. Zunaidah, berkata, Si Hajar kini berperang dengan kesakitannya namun enggan mengabaikan pelajaran dan tetap menduduki ujian baru-baru ini walaupun masih cuti sakit. 

“Biarpun tengah sakit tetapi semangatnya kuat, masih baca buku dan buat kerja sekolah. Dia nak juga ke sekolah ambil ujian walaupun sakit. "Kadang-kadang tidur malamnya terganggu kerana kesakitan yang ditanggung sehingga tak boleh tidur sebab sakit kepala yang teruk,” katanya.

Bagaimanapun, dia yang juga penerima zakat berjumlah RM200 sebulan itu bersyukur apabila menerima kunjungan ahli kelab motosikal berkuasa tinggi warga pendidik negeri Kedah. 

Kelab itu melalui DG Bikers bersama guru sekolah melakukan Ziarah Cakna ke rumahnya di Taman Seri Bayu bagi meringankan beban dan menyerahkan sumbangan hasil kupan berjumlah RM1,700. Kunjungan itu turut disertai Timbalan Pengarah Pendidikan Kedah, Ismail Othman; Pengetua SMK Amanjaya, Zainurin Mat Noor dan Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Abdul Rahim Mat.

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Zunaidah Saad:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini