Ibubapa kanak-kanak hidap EB Epidermolysis bullosa pohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Assalamualaikum. Sahabat semua, saya sebagai seorang ibu kepada anak-anak Epidermolysis bullosa   EB merayu pada semua sahabat untuk ba...

Ibubapa kanak-kanak hidap EB Epidermolysis bullosa pohon bantuan


Assalamualaikum.

Sahabat semua, saya sebagai seorang ibu kepada anak-anak Epidermolysis bullosa EB merayu pada semua sahabat untuk bantu anak-anak EB saya ini. Saya dan ibubapa anak-anak EB seramai 19 orang yang ada pada saya ini sudah buntu dan tak tau nak cakap apa lagi.

Hanya doa dan airmata yang mampu kami buat setakat ini. Kami tak mintak mainan, baju baru, makanan yang mewah, kami nak barang dressing yang sangat susah untuk kami dapatkan. "Apa susah, minta di hospital." kata sinis orang yang cukup mudah untuk diucapkan, cuba mintakan bagi pihak kami. 

"Kan ada jual di farmasi..." cukup mudah untuk menyuarakan, cuba carikan farmasi mana yang ada sentiasa ada stock untuk anak-anak kami pakai. Anak-anak EB yang ada pada Fitri kebanyakannya bawah 6 tahun, yang tengah nakal, yang ingin mencuba apa yg anak-anak normal lain cuba, tapi mereka lain, kulit mereka seperti agar-agar yang jika tersentuh atau jatuh, akan terluka, terkoyak; seperti adik Faris (gambar). 

Itu belum kos barang dressing, untuk 1 bulan. Kalau nak tahu keadaan mereka, cara kehidupan mereka, dekatilah mereka, selamilah hidup mereka. Anda akan tahu betapa pahit perit hidup mereka. "Maaf ya...diatas kesulitan. FB parent anak EB yang dalam gambar ini adalah Shuhada Bakar (ibu adik Aina) dan Norazilawani Nor (ibu adik Faris).

Untuk sumbangan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Norazilawani bt Zi (ibu Faris):

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini