Ibu rayu bantuan kos rawatan anak tunggal hidap radang otak - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Sungai Petani - Seorang ibu, Izrinda Roslin dari Taman Bandar Utama di sini, merayu bantuan daripada orang ramai bagi meringankan beban ...

Ibu rayu bantuan kos rawatan anak tunggal hidap radang otak


Sungai Petani - Seorang ibu, Izrinda Roslin dari Taman Bandar Utama di sini, merayu bantuan daripada orang ramai bagi meringankan beban ditanggung keluarganya, kerana anak tunggalnya berusia enam tahun terlantar selepas diserang radang otak sejak Januari.

Izrinda, 33, berkata Ammar Irfan Zakria, kini bukan sahaja terlantar dan tidak boleh bercakap, malah mengalami gangguan saraf pada bahagian kaki, tangan dan mulut, kesan daripada penyakit yang dihidapi.

Beliau berkata, daripada seorang anak yang petah, kini Ammar Irfan sepi membisu, malah segala keperluan hariannya bergantung sepenuhnya kepada Izrinda.

“Sehari sebelum dia jatuh sakit, kami sambut hari lahirnya sehari lebih awal dan itulah kali terakhir kami lihat dia ketawa, bercakap dan mahu meniup lilin kek. Dia demam panas pada sebelah malamnya dan terkena sawan pada pagi keesokannya.

“Serangan itu menyebabkan tangan kanannya mengerekot, tangan kiri dan kaki kanan tidak boleh bergerak, mulut serta mata tertutup,” katanya di Hospital Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.

Izrinda berkata, Ammar Irfan dibawa ke HSAH sebelum kesnya dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut dan dia hanya minum susu melalui tiup di hidung.

Ekoran kejadian itu, kehidupan Izrinda dan suaminya, Zakria Awang, 38, semakin terhimpit kerana perlu menemani anaknya yang terlantar di HPP sebelum dipindahkan semula ke HSAH minggu lalu.

“Kami tiada sumber pendapatan lain, kerana suami hanya bekerja sebagai pembantu kimpalan di sebuah bengkel dekat Sungai Lalang dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan, dan saya pula hanya suri rumah dan menghidap tekanan darah tinggi.

“Dalam keadaan sebegini, suami dan saya terpaksa bergilir-gilir datang ke hospital ini menjaga anak kami dan dia tidak dapat pergi kerja, ketika ini kami buntu untuk membawanya ke HPP berjumpa pakar Neurologi kerana duit simpanan telah habis digunakan,” katanya.

Katanya, beliau berterima kasih kepada kenalan dan saudara-mara yang banyak membantu dan menderma bagi meringankan beban ditanggung keluarganya.

Namun katanya, mereka masih memerlukan sumbangan dan bantuan pelbagai pihak, sementara menunggu permohonan daripada JKM diluluskan.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga itu boleh menyalurkan terus sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Izrinda Roslin atau menghubunginya:

017-4681055
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini