
Subang - "Arwah baru sebulan bertukar kerja sebagai pemandu lori tangki di syarikat baharu bagi menambah pendapatan keluarga".
Itu cerita isteri Allahyarham Mohamad Suhaimi Khamis , pemandu lori tangki minyak diesel yang maut dalam kebakaran di Slim River semalam.
Khatijah Abdul Karim ketika ditemui media berkata beliau redha menerima ketentuan ilahi dan perlu meneruskan kehidupan demi membesarkan anak-anaknya.
Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu pasangan kembar Mohamad Amar, Mohamad Amir, 9 tahun dan Nor Afiqah, 8 tahun.
Khatijah yang kini mengandung 7 bulan juga agak terkilan Allahyraham tidak sempat mengetahui jantina kandungannya.
Allhayarham sepatutnya menemaninya membuat pemeriksaan kandungan pada 4 Mac depan. Beliau turut kecewa video kebakaran membabitkan suaminya yang tular di media sosial.
Khatijah yang berniaga kuih secara kecil-kecilan ditemui media selepas menerima kunjungan ADUN Kinrara Ng Sze Han, Pegawai Khas kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Mohd Zaidi Ali dan Pengerusi Biro Kebajikan Amanah Selangor, Mariam Abdul Rashid.
Sumbangan dan bantuan termasuk jaminan pendidikan anak-anak Allahyraham akan diberi perhatian sewajarnya.
0 comments: