
Pulau Pinang - Seorang ibu merayu bantuan kewangan daripada orang ramai bagi membiayai kos pembedahan hati anaknya yang dijadual dilakukan pada penghujung Februari ini di China.
Nor Shahida Che Wan, dari Seberang Jaya, Pulau Pinang berkata, anak ketiganya, Nur Hayfa, 2, menghidap penyakit Biliary Artesia atau kegagalan fungsi hati sejak lahir.
“Dua minggu selepas lahir, dia dikesan menghidap penyakit ini. Pada usia 52 hari, Hayfa menjalani pembedahan membuang sedikit hati yang rosak sebelum ditampal menggunakan ususnya.
“Kemudian hempedunya juga terpaksa dibuang kerana tidak berfungsi. Doktor beritahu pembedahan itu bukan menyembuhkannya tapi sekadar untuk dia sihat selama dua tahun sahaja. Lepas dua tahun, Hayfa akan alami masalah hati semula.
“Sekarang Hayfa sudah genap dua tahun dan masalah hatinya kembali menyerang,” katanya.
Disebabkan itu, Hayfa perlu menjalani pembedahan pemindahan hati dengan segera yang kosnya dianggarkan berjumlah RM180 ribu.
“Bergantung pada keputusan doktor nanti, saya atau suami akan jadi penderma hati untuk Hayfa. Pembedahan ini akan dibuat di China pada penghujung Februari ini,” katanya.
Katanya, dengan pendapatan dia dan suami yang tidak menentu hasil upah menjahit baju, mereka terpaksa merayu bantuan orang ramai bagi mengurangkan beban kewangan dihadapi.
“Sekarang ini Hayfa hanya bergantung kepada ubat, susu khas dan vitamin tambahan yang perlu diambil setiap hari bagi memastikan hatinya tidak rosak sepenuhnya. Selain itu, dia harus diberi penjagaan khusus setiap kali menerima rawatan di hospital.
“Kos membeli susu khas, lampin serta vitamin tambahan untuk Hayfa sahaja perlu belanja sekurang-kurangnya RM800 sebulan.
“Jadi untuk kos pembedahan di sana, kami memang tidak mampu sediakan,” ujarnya yang amat mengharapkan ada pihak sudi menghulur bantuan.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atau hubungi Shahida di talian:
![]() |
012-5337655 |
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM180000 |
0 comments: