Bermula dengan demam, Adam disahkan hidap leukimia - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




January 17, 2019 - Lumrah, setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka sentiasa sihat, cergas seperti kanak-kanak normal. Siapa sangka, ha...

Bermula dengan demam, Adam disahkan hidap leukimia


January 17, 2019 - Lumrah, setiap ibu bapa pasti inginkan anak mereka sentiasa sihat, cergas seperti kanak-kanak normal. Siapa sangka, hanya demam sekejap-sekejap sebenarnya membawa kepada penyakit yang serius iaitu Kanser Leukimia. Adam mula demam on off sejak Februari 2018 tapi hanya jumpa doktor dan makan ubat. Hari jadi Adam yang ke-3 kami sambut di Lost World of Tambun tapi nampak dia tak berapa larat. Kami fikir mungkin sebab dia demam sebab sebelum tu dia memang demam on off selama sebulan.

Bermula Simptom-Simptom Awal 
Pada 19/3/18 kami pergi ke rumah di simpang empat yang mana ketika itu dalam renovation. Saya, Adam dan suami ke kedai berhampiran dengan berjalan kaki. Pulang dari kedai Adam mengadu tak larat dan minta untuk dukung. Kerana terlampau penat dia tertidur. Bangun dari tidur Adam meragam, menangis, tak larat katanya. Makan pun tak mahu. Petang tu kami balik tapi Adam tak mahu ikut. Dia bermalam di rumah makcik suami yang merupakan pengasuhnya dari kecil. Malam tu makcik menghunbungi kami bertanya sama ada adam jatuh ke tidak sebab dia mengadu sakit kaki dan tak boleh jejak. Pada 20/3/18 tu adam langsung tak boleh jalan walaupun dia cuba, tapi dia tak boleh berjalan langsung. Kami ingatkan mungkin dia terjatuh ketika bermain. Kami ke Hospital Lam Wah Ee (tempat kerja saya) berjumpa pakar kanak-kanak , Dr.Cheng.

Disahkan Menghidap Leukimia 
Ujian darah di lakukan memandangkan hampir tengah hari, Adam pulang dahulu ke rumah bersama suami saya dan saya menunggu keputusan ujian darah Adam. Petang tu saya berjumpa doktor dan diberitahu Adam berkemungkinan menghidapi Leukimia. Adam dirujuk ke Hospital Pulau Pinang – Doktor Pakar Kanak-kanak secepat mungkin. Dr. Cheng beritahu potensi Pada 21/3/18, Bone Marrow Aspiration (BMA) dilakukan untuk mengenal pasti jenis Leukimia Adam. Pada 22/3/18 result mengesahkan Adam menghidapi ALL (Acute Lymphoblastic Leukimia).

Kaedah Rawatan 
Rawatan Adam hanya Chemotheraphy. Rawatan itu selama 6 bulan. Ada 5 protokol dan 4 cara;
1. Makan ubat
2. IT (Intra)
3. IM (Intramascular)
4. Melalui chemofort

Rawatan Adam bermula dari 23/3/18 sehingga November 2018. Sepanjang rawatan Adam banyak di tangguh disebabkan komplikasi. 12/12/18 rawatan maintenece Adam bermulayang mana setiap bulan harus periksa darah. Sepanjang rawatan Adam , keputusan darah turun naik. Tambah darah merah berkali-kali. Sampai satu tahap Adam allergic selepas blood transfusion. Naik merah-merah & gatal seluruh badan. Bengkak mata. Ketika di protocol ‘m’ iaitu protocol yang ke-3 sebelum dos yang terakhir, Adam mengalami komplikasi yang teruk.

Kesan Chemotherapy 
Bermula dengan demam, tiada selera makan, Chemo ditangguhkan. Antibiotik diberikan selepas 2 jam dimasukkan ke hospital, Adam muntah darah sedikit. Terpaksa puasakan Adam. Adam dirujuk pakar bedah untuk pemerhatian. Hasil darah sedikit menurun. Adam diberi lagi Tranfusi darah merah & platelet. Tapi selepas itu Adam muntah darah pada petang & ubat untuk menghentikan pendarahan secara infuse di beri. Trauma bagi seorang ibu & yang paling saya tak akan lupakan waktu subuh Adam yang lemah panggil saya, menunjukkan tanda hendak muntah. Tanpa sempat berbuat apa-apa Adam muntah darah yang banyak. Adam dipuasakan terus. Ubat henti darah & tambah darah ditambah. Bukan setakat itu, Adam cirit-birit . Dia diletakkan di bilik Isolation. Pakar kata kemungkinan ulser di dalam kerongkong hingga perut menyebabkan dia sakit.

Adam Tak Cerewet & Mudah Dijaga 
Adam seorang yang tidak cerewet dan senang dijaga, bukan jenis yang banyak meragam. Tapi kali ini dia telan air liur pun menangis. Dia tak boleh telan air atau ubat. Paling lama ubat mampu bertahan hanya 2 jam, selepas itu Adam menangis kembali hingga satu tahap doktor terpaksa memberika injection Morphine untuk mengurangkan kesakitan. Hampir seminggu Adam puasa. Hanya Drip & TPN (Total Parenteral Nutrien) sahaja untuk Adam. Alhamdulillah Adam dapat melalui semua itu. Sepanjang rawatan, Adam demam, batuk, selesema, ulser mulut, turun naik darah dan tambah darah adalah perkara biasa.

Aktiviti Harian Berubah 
Aktiviti harian berubah, tak boleh sesuka hati keluar rumah apatah lagi ke Shopping Mall, Kenduri, ke tempat orang ramai. Antibodi mereka terlampau rendah & mudah mendapat infeksi. Keluar rumah perlu pakai mask (topeng mulut).

Pemakanan 
Makanan perlu segar dan betul-betul masak . Sayur mentah tak boleh, telur separuh masak pun tak boleh. Buah-buahan mesti bersih dan baru dipotong dan perlu dimakan terus. Makanan yang disimpan pun tak boleh. Paling pantang minuman culture dan cheese Alhamdulillah Adam memahami walaupun baru 3 tahun. Tahu apa yang boleh di makan dan tak boleh makan. Tahu kena minum air yang banyak , tahu bila kena puasa, bila hendak makan ubat. Dia juga memahami bila ibunya sudah mula bekerja setelah 7 bulan cuti tanpa gaji. Adam seorang yang sangat memahami & tidak pernah meragam. Sekarang ni Adam sangat aktif . Kalau dilihat dari riak wajah & perwatakan dia, tiada siapa sangka yang sebenarnya Adam adalah “Cancer Fighter”.

0 comments:

Kongsi Portal Ini