SRITI Gombak perlu sumbangan RM40,000 - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Gombak - SRITI Al-Mustaqim kekurangan RM40,000 untuk projek ubah suai sekolah melibatkan tambahan dua kelas dan sebuah perpustakaan untuk...

SRITI Gombak perlu sumbangan RM40,000


Gombak - SRITI Al-Mustaqim kekurangan RM40,000 untuk projek ubah suai sekolah melibatkan tambahan dua kelas dan sebuah perpustakaan untuk kegunaan pelajar-pelajarnya.

Pengerusi Jemaah Ibu Bapa dan Guru SRITI Al-Mustaqim, Mohd Taufik Mohd Yusof berkata, kos sebenar projek adalah RM140,000 namun sebahagian besar amaun itu berjaya disediakan melalui kutipan dan program diadakan sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, beliau menyasarkan projek tersebut mampu disiapkan sebelum pembukaan sesi persekolahan 2019, tahun depan.

"Sekolah beroperasi sejak 2017 dan kini jumlah pelajarnya seramai 110 orang dan dijangka bertambah lagi 60 orang sesi depan.

"Ubah suai ini adalah wajar disebabkan pertambahan pelajar dan projek kini di fasa 80 peratus siap dijangka mampu digunakan mengikut jadual ditetapkan," katanya.

Katanya, sejumlah RM10,000 berjaya dikutip pada Majlis Makan Malam Dana SRITI Al-Mustaqim melalui penjualan meja kepada 200 tetamu yang hadir.

"Kami turut alu-alukan dana dan sumbangan prasarana seperti loker, kerusi dan meja untuk pelajar serta bilik guru, pendawaian elektrik dan lain-lain," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama SRITI Gombak Management:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM40000

0 comments:

Kongsi Portal Ini