Bayi 25 hari hidap kanser Neuroblastoma - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Baru berusia 2 bulan, bayi ini pesakit kanser termuda. Didiagnos pada usia 25 hari, kesnya dianggap kes yang jarang berlaku di mana ketum...

Bayi 25 hari hidap kanser Neuroblastoma


Baru berusia 2 bulan, bayi ini pesakit kanser termuda. Didiagnos pada usia 25 hari, kesnya dianggap kes yang jarang berlaku di mana ketumbuhan bermula sejak dari dalam kandungan ibu.

Si comel ini terus kuat melalui rawatan demi rawatan serta pembedahan. Perjuangan hidup anak kecil ini dikongsikan ibunya, Nur Faizatun Nadirah.

Lahirnya Muhammad Azzam Fahmy tidak disangka mempunyai ketumbuhan di dalam perut. Lebih menyedihkan, ia adalah ketumbuhan kanser neuroblastoma yang cukup agresif dan bahaya.

Bayi sekecil Fahmy yang dilahirkan 13 Oktober lalu telah pun melalui beberapa siri pembedahan. Antaranya ialah untuk membuang ketumbuhan dalam perut, membuat stoma pada perut untuk membolehkannya membuang air besar serta menjalani 6 cycle kimoterapi.

Ketumbuhan yang dibuang dari dalam perut bayi ini ialah sebesar 7 x 8cm, saiznya adalah sebesar tapak tangan orang dewasa.

Fahmy perlu melalui pembedahan kali kedua pada 31 Oktober kerana mengalami masalah untuk pembuangan air besar. Luka pada bahagian belakang tidak menunjukkan kesembuhan dan bimbang terjadi jangkitan kuman.

Pembedahan ini melibatkan bahagian usus Fahmy dipotong dan dijahit pada kulit supaya Fahmy boleh membuang air besar menerusi bahagian perut.

Pakar memberitahu kes Fahmy sebagai ‘rare case’ kerana belum ada lagi ketumbuhan sejak dari dalam kandungan. Ia selalunya dikesan apabila usia memasuki peringkat kanak-kanak. Fahmy pesakit termuda bagi kanser neuroblastoma.

Hasil Bone Marrow Aspiration mendapati kanser merebak ke lapisan kedua tulang. Ujian ini akan diulang selepas Fahmy tamat 6 cycle kimoterapi nanti. Rambut Fahmy mula gugur pada hari keempat kimoterapi.

Stoma pada perut Fahmy perlu dibersihkan setiap 2 jam sekali bagi mengelakkan jangkitan kuman. Ia akan digunakan sehingga Fahmy selesai rawatan.

Menurut Nur Faizatun, ia adalah rutin yang paling kerap dilakukannya dan memerlukan potongan daripada lampin pakai buang bagi melapik stoma ini.

Bagi meringankan beban yang ditanggung bagi rawatan dan pengurusan Fahmy, derma boleh disalurkan ke akaun Nur Faizatun Nadirah berikut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini