
Kuantan - "Assalamualaikum pada sahabat-sahabat. Saya minta bantuan kalian semua tolong sama mencari isteri saya. Nama Siti Nur Afifah Zahidah Mohd Rahim. Dengar khabar telah dipukau," demikian tweet yang dikongsikan oleh Muhd Danish mengenai kehilangan isteri kepada rakannya di Twitter semalam.
Suaminya, Mahadi Osman membuat laporan polis berhubung kehilangan isterinya itu di Balai Polis Kuantan pada 1 November.
Difahamkan, Mahadi yang merupakan kakitangan Amanah Saham Nasional Berhad Kuantan, hanya mengetahui kehilangan isterinya itu selepas dimaklumkan oleh ibunya.
"31 Oktober jam 4 petang semasa di tempat kerja, saya dimaklumkan oleh ibu saya yang mengatakan isteri saya telah tiada di rumah.
"Isteri saya keluar rumah dalam pada jam lebih kurang 2.30 petang pada hari sama. Isteri saya meninggalkan anak saya di rumah jiran untuk pergi ke bank menaiki Grab. Tetapi sehingga sekarang masih belum pulang," katanya.
Assalamualaikum,pada Sahabat2 Saya minta bantuan Kalian semua Tolong Sama cari Isteri saya Nama Sitti Nur Afifah Zahidah,Yang telah keluar rumah untuk keluarkan duit ATM dengar khabar telah dipukau pic.twitter.com/h61ayKkgbH— Nish (@muhddxnish26) November 6, 2018
Berdasarkan maklumat terkini dari Twitter Danish memaklumkan, Siti dikurung dalam satu bilik sama ada di Kampung Kerayong atau Kampung Batu Kapur sekitar Mentakab.
Justeru, orang ramai yang ternampak wanita berkenaan diminta menghubungi nombor 011-65639530 atau hubungi balai polis berdekatan.
0 comments: