Anak kecil disangka gastrik rupanya kanser ovari - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuantan - “Saya tidak sangka sama sekali sakit perut dialaminya seawal usia tiga tahun petanda awal dia menghidap kanser ovari,” kata Zal...

Anak kecil disangka gastrik rupanya kanser ovari


Kuantan - “Saya tidak sangka sama sekali sakit perut dialaminya seawal usia tiga tahun petanda awal dia menghidap kanser ovari,” kata Zaliza Muhamad Ghaus, 36.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap dua atau tiga bulan sekali, anaknya, Nur Aliz Darwisyah Samsul Hamizan berusia lapan tahun diserang sakit perut, tetapi setiap kali membuat pemeriksaan di klinik atau hospital hanya diberitahu menghidap gastrik biasa.

Ahli Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser ((PESONA) Kuantan itu hanya mengetahui anaknya menghidap kanser selepas mengadu sakit perut tiga hari berturut-turut pada Jun lalu.

Menurutnya, Aliz muntah dengan banyak ketika mereka berbuka puasa menyebabkannya dan suami, Samsul Hamizan Mohamad Salleh, 42, membawanya ke Klinik Keluarga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Indera Mahkota untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik ujian imbasan menggunakan mesin CT scan dilakukan, doktor mengesan ada ketumbuhan dalam perutnya.

“Doktor menasihatkannya supaya ke Hospital UIAM untuk ujian lebih teliti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Dua, Pantai Sepat di sini, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut dijalankan di hospital itu, doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan pada bahagian kiri ovarinya.

Katanya, satu pembedahan segera dilakukan terhadap anaknya itu bagi membuang ketumbuhan berukuran 15 sentimeter dan seberat dua kilogram bagi mengelak sel kanser merebak.

“Pembedahan itu dilakukan 2 Julai lalu tetapi ujian darah dijalankan pada 24 Julai lalu mendapati kanser ovari dihidapinya berada pada tahap empat.

“Buat masa ini, dia menjalani rawatan kimoterapi...terdapat empat pusingan rawatan perlu dilalui, dua daripadanya dijalankan di Hospital Kuala Lumpur dan baki dua lagi akan dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Selepas selesai empat pusingan rawatan itu, Aliz akan menjalani ujian CT scan sekali lagi bagi melihat sama ada sel kansernya masih aktif atau tidak... kami jangkakan ujian itu dibuat Oktober nanti,” katanya.

Zaliza berkata, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Kuala Penor dekat sini, dinasihatkan tidak menghadiri sesi persekolahan sejak Jun lalu bagi mengelakkan keadaan kesihatannya terjejas.

Katanya, walaupun anaknya itu kerap merungut kerana rindukan kawan-kawannya di sekolah, Aliz memahami keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia ke sekolah.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser  Pesona:

019-9323361
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini