
Kuala Selangor - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Petang tadi saya menziarahi keluarga saudara Arijan di Kg. Kuantan, Kuala Selangor yang ditimpa musibah apabila rumah beliau hangus dijilat api dalam satu kebakaran awal pagi Jumaat yang lalu.
Syukur tiada mangsa yang terkorban dalam kejadian berkenaan dan pihak bomba berjaya mengawal kebakaran berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian.
![]() |
Gambar ihsan Dr Dzulkefly Ahmad |
Anak perempuan saudara Arijan, Nurul Izzatti bakal mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos depan, dengan segala persiapan telah hangus musnah dalam kebakaran berkenaan.
Mudah-mudahan dengan kesabaran mangsa & keluarga dalam menerima takdir Ilahi ini, Allah SWT gantikan sesuatu yang lebih baik & dikurniakan ganjaran pahala kesabaran yang besar. Rabbi Yassir Wala tu'assir, Rabbi Tammim bilkhoir.
Jika sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut atas nama Nurul Ain Izzatti Arijan:
0 comments: