Gadis ingin melanjutkan pelajaran ke UMS mohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Sik - Seorang gadis pintar merayu sumbangan bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah 4 September ini berikutan keluargan...

Gadis ingin melanjutkan pelajaran ke UMS mohon bantuan


Sik - Seorang gadis pintar merayu sumbangan bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah 4 September ini berikutan keluarganya tidak mampu menyediakan belanja diperlukannya.

Nurul Natasha Anuar, 20, dari Kampung Sadu di sini, memerlukan RM4,000 iaitu bagi membayar yuran pengajian RM2,050, tiket penerbangan RM1,500 serta keperluan lain yang belum dibeli.

Dikenali sebagai Ayong, dia tidak mempunyai cara lain lagi untuk mendapatkan wang bagi menampung pelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Sumber Manusia).

“Ibu saya Halimaton Husin, 44, menjual ulam di pasar tiga hari seminggu dengan pendapatan RM70 hingga RM80 sehari.

“Ini bermakna pendapatan ibu secara purata hanya RM30 sehari dan dengan wang itulah dia menyara tiga lagi adik saya yang masih bersekolah.

“Wang itu hanya cukup untuk persekolahan mereka manakala makan minum harian, kami makan di rumah datuk yang tinggal bersebelahan dengan rumah kami,” katanya anak sulung daripada lima beradik itu.

Nurul Natasha mengharapkan sumbangan orang ramai sebelum menerima wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Sementara itu, Halimaton berkata, dia runsing memikirkan nasib anak sulungnya namun pada masa sama gembira apabila Nurul berpeluang melanjutkan pelajaran.

“Saya terpaksa membesarkan anak bersendirian semenjak lima tahun lalu selepas bapa mereka gagal dikesan.

“Walaupun hidup kami dihimpit kemiskinan, anak saya suka belajar. Nurul sendiri memperoleh CGPA 3.25 dalam keputusan STPM tahun lalu,” katanya.

Bagi mereka yang mahu membantu Nurul Natasha atau Ayong, boleh menghubungi talian berikut:

013-4981480
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini