SK Assam Jawa perlu RM30000 perbaiki surau - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Kuala Selangor - Peruntukan sekurang-kurangnya RM30,000 diperlukan bagi memenuhi keperluan fizikal Surau Al Jariah Sekolah Kebangsaan...

SK Assam Jawa perlu RM30000 perbaiki surau


Kuala Selangor - Peruntukan sekurang-kurangnya RM30,000 diperlukan bagi memenuhi keperluan fizikal Surau Al Jariah Sekolah Kebangsaan Assam Jawa bagi memperhebatkan lagi persiapan ke peringkat kebangsaan.

Guru besarnya, Nizamuddin Abd Majid berkata, keperluan landskap seperti sudut panitia, laman ilmu, refleksi dan santai serta laluan empat musim dirancang untuk diwujudkan di kawasan surau itu bagi menyertai Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah.

“Pihak sekolah cukup berbesar hati sekiranya ada badan korporat, alumni sekolah dan individu prihatin yang sudi menyumbang bagi menjayakan misi persiapan inovasi fizikal ini. “Surau Al Jariah sekolah ini sudah berjaya menjuarai peringkat daerah dan negeri dalam Anugerah ASISS Peringkat Sekolah Rendah 2018,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak sekolah kini dalam persiapan rapi untuk peringkat kebangsaan yang dijangka akan dinilai juri pada September hingga Oktober nanti. “Alhamdulillah, keunikan surau yang berkonsepkan milenium dan teknologi ini juga hasil sumbangan Lembaga Zakat Selangor, badan korporat dan Yayasan Rafulin.

“Sebelum ini, isu surau lama mendapat perhatian dan dibina semula menjadi sebuah surau yang mampu menampung 600 murid dalam satu-satu masa selain menjadi kemudahan untuk murid yang tinggal di asrama,” katanya.

Katanya, orang ramai yang ingin menyumbang untuk surau ini boleh menyalurkan dana ke akaun bank berikut atas nama Tetuan Surau Al Jariah SK Assam Jawa:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM30000

0 comments:

Kongsi Portal Ini