Mohon bantu bayi hidap 6 penyakit - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Orang ramai yang ingin membantu adik Muhammad Alif Nafis boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) (06300290...

Mohon bantu bayi hidap 6 penyakit


Orang ramai yang ingin membantu adik Muhammad Alif Nafis boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) (0630029000073905) atau menghubungi talian 010-5775818.


KETIKA usianya baharu mencecah tiga bulan, Muhammad Alif Nafis Amran terpaksa melalui pelbagai penderitaan selepas dibebani enam penyakit termasuk sindrom vacterl yang berlaku hanya satu dalam 4,000 kelahiran.

Anak bongsu daripada lima beradik yang lahir pramatang itu menderita masalah buah pinggang, paru-paru, tiada lubang dubur, jantung berlubang dan tulang tidak sempurna.

Ibunya, Nor Kintan Abdul Rahman, 39, berkata anaknya itu dilahirkan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dalam keadaan pramatang dan melalui pembedahan.

“Saya tidak tahu anak mengalami pelbagai masalah ketika dalam kandungan. Cuma ketika mengandung, saya terpaksa ditahan di wad selama dua bulan sebelum melahirkan anak kerana uri berada di bawah rahim.

“Ketika anak saya dilahirkan, doktor tidak memberitahu masalah yang dihadapi olehnya, doktor terus bawa ke wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). Selepas itu baru doktor beritahu masalah bayi saya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia yang menetap di FELDA Jengka 1, Maran berkata, sehari selepas bayinya dilahirkan, doktor menyatakan anaknya perlu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi menjalani pembedahan berikutan mengalami masalah tiada lubang dubur.

“Masa menerima rawatan di HTAA, doktor di sana pula mengesahkan anak saya mengalami masalah jantung berlubang.

“Saya amat sedih dan tidak sangka sebab semua abang dan kakaknya dilahirkan sempurna. Namun lama kelamaan, saya dapat terima dan reda dengan ketentuan Allah,” katanya.

Katanya, kira-kira dua minggu menerima rawatan di HTAA, doktor membenarkan anak saya pulang, namun tidak lama kemudian Muhammad Alif Nafis terpaksa dihantar semula ke hospital selepas mengalami demam dan batuk dua minggu lalu.

“Saya sempat menjaganya hampir sebulan sebelum anak saya terpaksa ditahan di NICU HOSHAS akibat jangkitan kuman di paru-paru. Kini, saya terpaksa berulang alik setiap hari dari rumah untuk melihat anak di hospital.

“Kadang-kadang, saya naik motosikal dan bawa kereta. Kalau bawa motosikal jimat sedikit perbelanjaan minyak. Walaupun dari rumah ke hospital hampir 60 kilometer, saya terpaksa demi untuk anak yang saya sayangi,” katanya.

Dalam pada itu katanya, mereka sekeluarga kini hanya bergantung kepada pendapatan suami sebagai pemandu lori dan ahli keluarga lain untuk segala kos rawatan dan keperluan harian.

“Sebelum ini, saya kerja sebagai tukang jahit, namun kini terpaksa berhenti dan hanya bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami. Selain itu ada juga bantuan daripada orang ramai selepas masalah anak tular di media sosial.

“Saya juga mengharapkan doa orang ramai supaya dapat meringankan penyakit yang dihadapi Muhammad Alif Nafis dan berharap dia dapat menjalani sehidupan seperti bayi yang lain,” katanya.

Justeru orang ramai yang ingin membantu adik Muhammad Alif Nafis boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) (0630029000073905) hubungi talian 010-5775818 atau melalui:



0 comments:

Kongsi Portal Ini