Mohon bantuan baik pulih rumah remaja lumpuh dihempap konkrit - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Sungai Petani - Sukarelawan terdiri daripada individu dan NGO memohon bantuan orang ramai untuk bersama-sama meringankan beban membaik pu...

Mohon bantuan baik pulih rumah remaja lumpuh dihempap konkrit


Sungai Petani - Sukarelawan terdiri daripada individu dan NGO memohon bantuan orang ramai untuk bersama-sama meringankan beban membaik pulih rumah remaja kurang upaya yang lumpuh akibat dihempap konkrit enam tahun lalu.

Penyelaras Projek yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Sayang Sungai Petani Kamaruddin Kassim berkata, proses baik pulih rumah Aziana Shaari, 14, dijangka bermula Rabu ini dan mengambil masa sehingga hujung bulan untuk disiapkan.

Katanya, bagi fasa pertama kerja membaik pulih akan bermula di bahagian dapur bagi memudahkan ibu dan ahli keluarga Aziana menguruskannya termasuk untuk ke tandas.

“Kita sudah melancarkan dana ini sejak lima hari lalu dan sehingga kini kita memperoleh sebanyak RM6,600.

“Bagaimanapun, kita mengharapkan dana sekurang-kurangnya RM35,000 bagi membaik pulih rumah keluarga ini.

“Daripada pemerhatian dan tinjauan yang dijalankan, struktur rumah mereka tidak sesuai dihuni kerana tiada jaminan keselamatan memandangkan rumah tidak mempunyai tiang dan alang,” katanya.

Kamaruddin berkata, fasa A dijangka mengambil masa selama seminggu namun bergantung keadaan cuaca dan proses akan diteruskan ke fasa seterusnya iaitu di ruang tamu dan bilik tidur.

“Setakat ini keperluan yang kita lihat adalah kawasan dapur kerana sering dimasuki air setiap kali hujan.

“Kita harap dengan usaha dilakukan ini dapat memberi keselesaan kepada Aziana dan keluarganya,” katanya.

Sebelum ini media pernah melaporkan mengenai kepayahan hidup seorang remaja yang hanya mampu terbaring dan terpaksa bergantung sepenuhnya dengan ibunya, Fatimah Hashim, 47, yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan.

Kejadian malang yang menimpa remaja berkenaan berlaku ketika Aziana cuba memetik buah mangga dengan memanjat dinding rumah setinggi dua meter sebelum terjatuh hingga menyebabkan dirinya dihempap konkrit.

Orang ramai yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan kepada akaun bank berikut atas nama
Persatuan Sayang Sungai Petani atau hubungi Kamaruddin:

011-23811568
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini