Bimbang anak-anak terabai, ibu tunggal terpaksa hantar ke rumah anak yatim - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Merbok - Dua anak perempuan terpaksa melupakan hasrat meneruskan pengajian manakala seorang lagi dihantar ke rumah anak yatim akibat ke...

Bimbang anak-anak terabai, ibu tunggal terpaksa hantar ke rumah anak yatim


Merbok - Dua anak perempuan terpaksa melupakan hasrat meneruskan pengajian manakala seorang lagi dihantar ke rumah anak yatim akibat kekangan kewangan dihadapi seorang pesakit kanser berstatus ibu tunggal.

Che Wan Mon Omar, 44, berkata, salah seorang daripada anak perempuannya baharu sahaja habis tempoh menginap di rumah anak yatim yang sama sejak lapan tahun lalu, kerana melebihi usia 17 tahun.

Menurutnya, anak sulung, Intan Shuhada Ahmad Fauzi, 20, baharu sahaja tamat peperiksaan STPM manakala anak kedua, Intan Syafiqah, 18, baharu sahaja tamat SPM.

“Kalau dua-dua nak sambung belajar, saya memang tak mampu nak sara jadi terpaksa lupakan dulu niat tu, kalau boleh memang saya nak anak-anak sambung belajar, depa pun mau juga tapi apakan daya saya pun tengah berperang dengan kanser,” katanya.

Menurut Che Wan Mon, anak sulung kini bekerja di pasar raya bagi menggantikan dirinya mencari sumber pendapatan keluarga manakala anak kedua sering menemaninya ke hospital untuk rawatan susulan dan kimoterapi.

Katanya, sejak suaminya meninggal pada 2009, dia bekerja sebagai promoter di sebuah pasar raya untuk menyara anak-anak.

“Sekarang saya tak mampu lagi bekerja sejak disahkan kanser T-cell limforma yang menyebabkan benjolan membengkak di leher, saya cepat letih, demam, berat badan susut dan tak lalu makan,” katanya.

Selain Intan Syafiqah, anak ketiga, Nurul Najwa juga menginap di rumah anak yatim sejak enam tahun lalu sekaligus mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung ibu tunggal berkenaan.

Dua anak lagi, Muhammad Helmi, 15, dan Intan Nafiesya, 11, sering ditinggalkan di rumah dan berdikari menguruskan diri sepanjang ketiadaan Che Wan Mon ke hospital atau dimasukkan wad, sama ada Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani mahupun Hospital Pulau Pinang.

Dia bagaimanapun bimbang kerana dimaklumkan perlu dihantar ke Ampang bagi tujuan rawatan susulan yang memerlukan perbelanjaan besar.

“Masa bulan puasa rancang nak buat biskut raya untuk dijual tetapi bila jatuh sakit dan masuk wad lima hari, terus tak jadi, sedangkan bahan-bahan dan pun beli,” katanya.

Keluarga ini menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. Orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh menghubungi Che Wan di talian:

019-5167814
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini