Lima beranak hidup terhimpit terharu dengan sumbangan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Petaling Jaya - Kuasa tular jika digunakan sebaiknya pasti dapat memberi manfaat kepada insan yang memerlukan pertolongan. Kisah pilu...

Lima beranak hidup terhimpit terharu dengan sumbangan


Petaling Jaya - Kuasa tular jika digunakan sebaiknya pasti dapat memberi manfaat kepada insan yang memerlukan pertolongan.

Kisah pilu lima beranak yang berada dalam keadaan terhimpit, ia ternyata menyentuh hati netizen dan bantuan yang disalurkan memberi sinar baharu buat keluarga itu.

"Alhamdulillah, sumbangan orang ramai sudah mencecah RM20,000. Saya sangat bersyukur dengan keprihatinan semua yang membantu.

"Saya sudah tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih, hanya dapat saya kirimkan doa agar mereka yang membantu diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Keadaan anak saya juga semakin baik. Pernafasannya semakin OK tapi belum dibenarkan keluar lagi. Kos pembedahan pula tidak dapat diputuskan buat masa ini dan doktor mahu fokus pada kestabilan dia dahulu," kata Nuryusma Ayob.

Wanita berusia 31 tahun itu buntu apabila anak ketiganya, Nur Aisy Arsylia yang berusia dua bulan bukan sahaja dilahirkan pra matang pada usia kandungan tujuh bulan, malah turut disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

Selain Nur Aisy Arsylia, Yusma juga sering dimasukkan ke hospital kerana menghidap empat penyakit iaitu buah pinggang, diabetis, radang otak dan masalah tulang belakang.

Lebih memeritkan, suaminya, Muhammad Fashan Johari, 34, dibuang kerja baru-baru ini dan mereka telah diminta keluar dari rumah akibat gagal melunaskan bayaran sewa.

"Kami sekeluarga berterima kasih kepada semua yang membantu. Insha-Allah minggu ini kami akan berpindah ke rumah baharu di Rawang.

"Dengan bantuan yang diterima, dapatlah kami gunakan untuk membayar deposit sewa rumah baharu," jelasnya lagi.

Selain menguruskan Nur Aisy Arsylia dan dua lagi anak perempuan yang berusia lapan dan empat tahun, mereka turut merancang untuk membuka perniagaan makanan bagi menampung hidup.

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi Yusma atau hulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Nuryusma Ayob:

011-61182360
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini