
Abangnya, Jamri, 39, berkata, mereka sekeluarga sudah membawa adiknya yang bekerja sebagai polis bantuan ke hospital pakar di Kuantan dan keputusan doktor menyatakan hanya mengalami batuk biasa sahaja serta dibekalkan dengan ubat batuk.
“Malah, adik saya pernah mengalami batuk berdarah dan sering sakit sendi, bahu serta pinggang, namun kami sekeluarga pun ingat dia hanya sakit biasa sahaja.
Tetapi pada akhir tahun lalu, Jabrullah tiba-tiba terjatuh ketika bekerja di sekitar kawasan Chini. “Masa itu keluarga hantar dia ke Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Indera Mahkota, Kuantan untuk rawatan lanjut dan ketika itu doktor mengesahkan adik menghidap kanser paru-paru tahap empat,” katanya.
Jamri berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan keputusan berkenaan kerana tidak menyangka Muhammad Jabrullah yang sebelum ini sihat dan seorang yang aktif, menghidap penyakit serius.
“Tuhan sahaja yang tahu perasaan keluarga kami ketika itu, malah emak (Siti Aishah Hasri, 62) yang paling terkesan sebab dia adik paling bongsu. “Memang tidak sangka apabila adik seorang yang periang dan aktif selama ini menghidap penyakit serius menyebabkan kini hidupnya berubah 100 peratus,” katanya.
Jamri berkata, kesihatan adiknya kini semakin hari semakin merosot berikutan virus kanser berkenaan sudah merebak ke bahagian kepala dan otak sehingga mengganggu saraf di kepala.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan adiknya tidak mampu berdiri serta pergerakan agak terbatas. “Dia baharu sahaja selesai menjalani rawatan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur dan kesan daripada rawatan berkenaan, dia hanya mampu baring dan terlantar sahaja.
“Kos rawatannya agak tinggi terutama membabitkan ubat-ubatan diperlukan iaitu RM5,000 bagi tempoh 20 hari sahaja. “Memang keluarga tidak mampu untuk menyediakan jumlah sebegitu besar.
Tetapi kami bernasib baik kerana ada yang sudi memberi bantuan kewangan untuk membeli ubat berkenaan untuk rawatan sebelum ini,” katanya. Jamri berkata, keluarganya bersyukur kerana ada yang sudi memberikan katil hospital khas untuk kegunaan adiknya itu.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada Muhammad Jabrullah boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atau hubungi:
![]() |
019-9595988 |
![]() |
|
Progress:
|
Goal: RM500 |
0 comments: