Hulurkan bantuan kepada bayi hidap penyakit kulit kronik & clubfoot - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Petaling Jaya - Hati ibu mana tidak luluh apabila tidak dapat menyusukan permata hati yang baru dilahirkan, apatah lagi bayi tersebut ...

Hulurkan bantuan kepada bayi hidap penyakit kulit kronik & clubfoot



Petaling Jaya - Hati ibu mana tidak luluh apabila tidak dapat menyusukan permata hati yang baru dilahirkan, apatah lagi bayi tersebut adalah bayi sulungnya.

Kasih sayang yang menggunung memaksa seorang ibu, Intan Liana Abdul Aziz, 25, mencari ibu susuan buat bayinya Aminah Zulaikha yang menghidap penyakit kulit.

Intan Liana yang memuat naik posting pencarian ibu susuan ke sebuah laman Facebook komuniti pada Ahad telah membuatkan seorang ibu kepada lima putera berasa terpanggil untuk membantunya.

Anies Aida Muda, 31, yang menetap di Skudai, Johor berkata, dia tidak boleh tidur malam sebaik membaca mengenai kisah bayi berusia tiga bulan itu.

"Saya hanya ada maklumat yang ibu 'baby' Aminah mahu cari ibu susuan. Tidak tahu kenapa dia perlukan susu.

"Jadi, selepas menghantar anak ke sekolah hari ini, saya terus berkunjung ke rumah Intan yang terletak di Tampoi," katanya.

Kata jurusolek sepenuh masa itu, naluri keibuannya tersentuh sebaik berpeluang mendakap Aminah Zulaikha kerana anak bongsunya yang berusia lima bulan juga mengalami masalah kesihatan.

Menurut Anies Aida, air matanya hampir mengalir ketika melihat keadaan bayi tersebut, namun terpaksa menahan perasaannya.

"Saya pun ada anak yang sakit, jadi saya amat memahami perasaan ibu kepada baby Aminah. Mungkin ibunya 'stress' dan tidak dapat menyusukan bayi ini.

"Memandangkan rumah kami dekat sahaja, saya sudah berjanji akan menghantar susu ke rumah mereka setiap hari," ujar wanita ini yang juga pernah menjadi ibu susuan kepada bayi kembar, enam tahun lalu.

Anak bongsu Anies Aida disahkan menghidap 'clubfoot' yang memerlukan dia dan suami berulang alik ke Bangkok, Thailand bagi mendapatkan rawatan.

Tambah Anies Aida, dia tidak mampu membantu daripada segi kewangan dan cuba sedaya upaya untuk membekalkan susu kepada bayi perempuan itu.

Dalam pada itu, dia juga berharap ada pihak yang sudi membelikan pendingin hawa untuk keluarga tersebut memandangkan bayi berkenaan tidak boleh berada dalam keadaan panas.

Posting jurusolek itu mengenai pertemuannya dengan bayi tersebut pada petang Isnin tular dan menerima lebih 5,500 tanda suka serta mendapat 3,090 perkongsian.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi ibu susuan Aminah Zulaikha:

Anies Muda
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1500

0 comments:

Kongsi Portal Ini