Mohon bantuan anak hidap penyakit kepala besar hydrocephalus - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Port Dickson - “Saya reda jika ditakdirkan dia pergi dulu, namun tidak akan berhenti berusaha untuk merawatnya," kata Mohamad Samser...

Mohon bantuan anak hidap penyakit kepala besar hydrocephalus


Port Dickson - “Saya reda jika ditakdirkan dia pergi dulu, namun tidak akan berhenti berusaha untuk merawatnya," kata Mohamad Samser Mohd Timar, 47, bapa kepada Muhamad Fitrah Mohamad Samser, 6, yang menghidap penyakit kepala besar atau hydrocephalus.

Ditemui di rumahnya di Kampung Jimah Lama, Port Dickson, hari ini, beliau berkata anaknya itu terlantar sejak dua tahun lalu selepas menjalani pembedahan pertama di kepalanya. "Fitrah baru seminggu dibenarkan pulang selepas dirawat selama dua bulan di Hospital Kuala Lumpur. 

Tidak lama lagi dia akan dimasukkan ke HKL semula untuk menjalani pembedahan memasukkan tiub ke dalam perutnya bagi memudahkan dia menerima makanan dan minuman. 

"Perbelanjaan setiap kali dia dimasukkan ke HKL amat tinggi kerana saya perlu kerap berulang-alik dari rumah ke Kuala Lumpur, selain memastikan isteri mempunyai wang belanja mencukupi selama menjaganya di sana," katanya.

Isterinya, Maisus Lenti, 40, berkata, selama dua bulan anaknya dirawat di HKL, dia dan suaminya terpaksa berjimat-cermat dan menahan lapar kerana perbelanjaan banyak digunakan untuk menampung kos pengangkutan serta keperluan lain termasuk lampin pakai buang. 

"Suami hanya kerja kampung dan kami selalu putus belanja. Kami reda dengan ujian Allah SWT dan akan terus menjaga anak syurga ini sehingga akhir hayatnya. 

"Pernah juga kami terpaksa meminjam duit dari jiran kerana kehabisan duit. Demi anak, kami rela tebalkan muka dan percaya janji Allah itu benar. Allah tidak akan menguji kami lebih daripada kemampuan kami," katanya.

Katanya, Muhamad Fitrah mendapat bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan namun, jumlah itu tidak mencukupi. 

"Fitrah perlu di bawa ke HKL setiap dua minggu untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan berkala. Biasanya dia akan ditahan di wad beberapa hari sebelum dibenarkan pulang.

"Kami berharap mendapat sumbangan daripada sesiapa sahaja yang prihatin, khususnya untuk menampung kos rawatan anak bongsu daripada lima beradik ini yang memerlukan perbelanjaan yang banyak.”

Orang ramai yang ingin membantu adik Muhammad Fitrah bin Mohamad Samser boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini