Mencari waris bayi ditinggalkan di surau Kampung Bt.12, Sabak Bernam - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi: Balai Polis Sabak Bernam No Telefon: 03-32162222

Mencari waris bayi ditinggalkan di surau Kampung Bt.12, Sabak Bernam


Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi:
Balai Polis Sabak Bernam
No Telefon: 03-32162222


Siapa ibu bayi lelaki ini? “Pada mulanya, saya menyangkakan bunyi yang datang dari tempat solat wanita itu kucing bergaduh, tapi rupanya tangisan bayi lelaki dalam beg sandang biru gelap,” kata suri rumah, Suraya Yahya, 30.

Dalam kejadian 6 petang semalam, bayi lelaki berkenaan dijumpai di surau di Kampung Batu Dua Sepintas, Sabak Bernam. Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan berbalut dengan tuala berwarna putih dan tudung bawal berwarna jingga di dalam beg itu.

Suraya berkata, ketika kejadian dia sedang menunggu anaknya selesai mengaji al-Quran di rumah bersebelahan surau itu. “Menjadi kebiasaan saya menanti anak keluar dengan meletakkan motosikal di hadapan rumah berkenaan. “Tetapi semalam terdetik dalam hati saya meletakkan motosikal di hadapan surau dan ketika itulah, bayi berkenaan dijumpai. “Ketika menemui bayi itu, keadaannya cukup sifat. Cuma pusatnya berdarah dan kaki serta tangan berada dalam keadaan pucat,” katanya.

Menurutnya, sepanjang empat tahun menetap di kampung itu, kejadian berkenaan adalah kali pertama berlaku pada dirinya. “Sebelum ini, saya sering mendengar kes buang bayi melalui media cetak dan elektronik. Kali ini, saya sendiri merasai pengalaman itu. “Mujurlah penduduk bertindak pantas menghubungi hospital. Jika tidak, mungkin bayi itu berisiko tinggi meninggal dunia,” katanya.

Katanya, dia menghubungi ketua kampung dan turut membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam untuk tindakan lanjut.

0 comments:

Kongsi Portal Ini