
JKM SPS: 04-5822169
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Selatan sedang mengesan waris kepada kanak-kanak perempuan yang sebelum ini diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia dua hari. Pegawai JKM Seberang Perai Selatan, Mohd Noor Ahmad berkata, ibu kandung kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Nor Azira Mohamad Kamal sebelum ini tinggal di Kubang Semang, di sini dikatakan menyerahkan bayi terbabit pada 17 Julai 2012 kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Norazura Ali di kawasan tepi jalan bersebelahan Sekolah Rendah Kebangsaan Kubang Semang.
Menurutnya, ketika itu wanita terbabit berusia 19 tahun dan bekerja di kilang di kawasan Perindustrian Perai di sini. “Semasa penyerahan bayi perempuan tersebut berusia dua hari dan masih bertali pusat bersama-sama uri bayi tersebut.
“Tiada sebarang dokumen atau apa-apa bukti kelahiran diberikan wanita terbabit pada masa itu dan ibu kandung bayi itu juga berjanji untuk memberikan sijil kelahiran setelah urusan dokumen tersebut selesai namun sehingga hari ini dia tidak dapat dikesan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini semalam. Mohd Noor berkata, disebabkan tiada sebarang dokumen menyebabkan ibu angkat kanak-kanak berkenaan sukar untuk membuat sijil lahir di Jabatan Pendaftaran Negara.
Sumber: https://goo.gl/7HhexA
0 comments: