Ibu uzur jaga anak, tinggal di rumah usang - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Sabak Bernam - "Walaupun makcik dah lanjut usia dan tak lagi kuat seperti dulu, tapi makcik tetap cekal untuk uruskan anak yang ...

Ibu uzur jaga anak, tinggal di rumah usang


Sabak Bernam - "Walaupun makcik dah lanjut usia dan tak lagi kuat seperti dulu, tapi makcik tetap cekal untuk uruskan anak yang terlantar," demikian kata seorang warga emas, Sauyah Konek, 76.

Sauyah yang menetap di Kampung Tok Khalifah, di sini, terpaksa menjaga seorang anaknya, Mazlan Hasan Basri, 50, yang lumpuh seumur hidup sejak 22 tahun lalu.

Menurut Sauyah, anak bujangnya itu hanya mampu terlantar di katil selepas terlibat dalam kejadian kemalangan motosikal.

"Beginilah keadaannya, makcik terpaksa urus segala keperluannya daripada menyuapkan makan, mencuci najis, mandi sehinggalah menukar pakaian," katanya.

Mazlan hilang upaya kekal pada tahun 1996 selepas motosikal ditungganginya terlanggar wayar telefon yang merentangi jalan raya berhampiran rumahnya hingga menyebabkannya tersangkut pada wayar lalu tercampak ke bahu jalan.

Orang ramai yang ingin membantu mereka boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Sauyah Konek atau hubunginya:

019-2991195
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini