Ibu tunggal lumpuh mohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Taiping -  Rapidah binti Nusi, seorang ibu tunggal yang berumur 52 tahun, mempunyai seorang anak angkat yang dibela sejak kecil. Dia yan...

Ibu tunggal lumpuh mohon bantuan



Taiping - Rapidah binti Nusi, seorang ibu tunggal yang berumur 52 tahun, mempunyai seorang anak angkat yang dibela sejak kecil. Dia yang beralamat di Lot 100 Jalan Batu Matang, 34750 Matang Taiping Perak.

Rapidah kudung sebelah kaki akibat dipotong kerana masalah komplikasi kencing manis. Dia kini menggunakan kaki palsu apabila di luar dan hanya mengesot dan berkerusi roda apabila berada di rumah. 

Rapidah mengambil upah mengurut dan kadangkala menerima tempahan catering secara kecil-kecilan untuk menampung keluarga. 

Dia juga berusaha membuka sebuah kedai runcit tetapi modal masih tidak mencukupi. Rapidah kini tinggal serumah dengan keluarga adik kandungnya di rumah pusaka yang telah sedikit uzur. 

Rumah terbabit hanya mempunyai sebuah bilik air yang terletak dibelakang rumah dan disebabkan masalah untuk bergerak, ianya memberi sedikit kesukaran kepada Rapidah untuk ke bilik air.

Orang ramai yang ingin membantu boleh bersedekah ke akaun bank berikut atas nama Rapidah bt. Nusi atau hubunginya:

016-7628994
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

0 comments:

Kongsi Portal Ini