
Noriza Su, 37, berkata, sejak itu, dia sukar berjalan dan perlu dipapah suami, Pakri Mat Husien, 48, yang kini mengambil alih tugasnya menguruskan anak-anak dan memasak.
Katanya, dua jari kaki kanannya sudah dipotong dan kemungkinan kakinya juga akan turut dipotong sekiranya kencing manisnya tidak pulih.
"Risau bila saya fikirkan kesihatan diri. Kalau kaki buruk, kena kerat lagi. "Kini semua kerja suami yang buat. Masak, membasuh dan keluar cari nafkah untuk kami dan empat anak.
Dengan keadaan kaki ini, saya juga terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai," katanya. Lebih merisaukannya lagi apabila sewa rumah sudah setahun tertunggak.
"Walaupun sewa hanya RM150 sebulan, tapi disebabkan masalah kewangan, kami tak mampu jelaskan. Ditambah pula pendapatan suami yang bekerja buruh tak menentu, kadang kala hanya cukup makan saja.
"Bil elektrik juga tertunggak, itu belum dikira belanja ulang-alik ke hospital. Saya terpaksa bonceng motosikal dengan suami untuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebab kalau guna kereta sewa, tentu tambangnya puluhan ringgit," katanya.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Noriza Su:
0 comments: