25 tahun derita sakit kulit kronik - KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Bantuan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang ada di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Hamidah Nordin Maybank : 156039338668

25 tahun derita sakit kulit kronik

Hamidah Nordin
Maybank: 156039338668


"Keadaan penyakit kulit dihidapi Che Hussain tidak menampakkan tanda untuk sembuh."

Kampung Nenasi, Pekan - Demi kelangsungan hidup dan menampung kos rawatan penyakit ditanggung, bapa kepada enam anak ini terpaksa gagahkan kudratnya menjalani rutin harian sebagai seorang nelayan. Dalam keadaan kesihatan yang semakin lemah diburukkan lagi dengan masalah penyakit kulit kronik dideritai sejak 25 tahun lalu, ternyata kehidupan dilalui nelayan ini cukup sukar namun dia tiada pilihan lain.

Che Hussain Che Amat, 52, tetap turun ke laut dibantu anak dan adik iparnya untuk mencari rezeki biarpun terpaksa mendedahkan dirinya kepada panas mentari sedangkan kulitnya cukup sensitif dan mudah gatal bila berpeluh. Penderitaan dilalui Che Hussain meruntun perasaan isterinya, Hamidah Nordin, 42, lebih-lebih lagi apabila melihat keadaan kesihatan suaminya kini semakin lemah. Hamidah berkata, selain menderita penyakit kulit misteri, suaminya kini mengalami kebas kaki dan tidak mampu untuk berdiri lama.

“Penyakit kulit yang dideritainya serang hampir seluruh tubuh termasuk bahagian kaki. Bila berpeluh dia akan mengalami gatal-gatal dan ada kalanya sampai tak boleh tidur. “Dia juga terpaksa berpantang terutama makanan laut. Tapi disebabkan kami nelayan, ada kalanya terpaksa juga," katanya.


Sumber: https://goo.gl/iZ9iNJ

1 ulasan:

Kongsi Portal Ini