Lelaki derita lumpuh selepas terlanggar babi mohon bantuan - Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Taiping - Akibat terlanggar dengan seekor babi, seorang kontraktor pendawaian elektrik menderita lumpuh seluruh badan. Kini, Amirul Asr...

Lelaki derita lumpuh selepas terlanggar babi mohon bantuan


Taiping - Akibat terlanggar dengan seekor babi, seorang kontraktor pendawaian elektrik menderita lumpuh seluruh badan.

Kini, Amirul Asraf Mohd Ismail, 31 hanya minum susu khas yang disalur melalui tiub ke perut yang ditebuk selain terpaksa menggunakan lampin pakai buang.

Media melaporkan anak kedua daripada tujuh beradik itu koma seminggu di ICU Hospital Taiping sebelum dipindah ke wad lain selama 16 hari.

“Setelah dirawat selama 23 hari di Hospital Taiping, sebahagian tempurung kepala bahagian kanan Amirul Asraf turut dipotong sebelum disimpan di dalam perut bahagian kiri bagi mengeluarkan darah beku di dalam kepalanya,” kata ibunya, Maznah Mohamad, 53.

Wanita itu kini buntu memikirkan kos rawatan anaknya kerana suami hanya pekerja ladang sawit dengan upah kurang RM1,000 sebulan.

Bagi yang sudi meringankan beban mereka, boleh menyalurkan bantuan melalui akaun bank berikut atau menghubunginya:

011-36441702
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000

Kongsi Portal Ini