Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kota bharu

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kota bharu. Papar semua catatan

Kota Bharu - Sebuah keluarga 13 orang terpaksa tidur berhimpit-himpit di rumah papan rosak, reput lagi usang dekat Pasir Tumbuh di sini...


Kota Bharu - Sebuah keluarga 13 orang terpaksa tidur berhimpit-himpit di rumah papan rosak, reput lagi usang dekat Pasir Tumbuh di sini.

Saadiah Samat, 63, tinggal bersama enam anak lelaki dan seorang anak perempuan, menantunya dan empat cucu di rumah berusia 30 tahun itu.

Katanya, anggota keluarganya tidur bersesak di rumah arwah suaminya yang mati 11 tahun lalu kerana mempunyai satu bilik.

"Bagi kami yang dewasa tidaklah kisah mengenai kesulitan tidur tetapi bagi kanak-kanak terutama yang kecil, mereka akan rasa tidak selesa," katanya.

Saadiah berkata kekangan kewangan menyebabkan beliau tidak mampu membaiki kerosakan dapur, bilik, ruang tamu termasuk lantai reput dan bumbung bocor.

Beliau berharap ada pihak sudi membantu membaiki rumahnya kerana enam anaknya itu, berusia 26 hingga 38 tahun, berpendapatan tidak menentu.

Sementara dua lagi anaknya, kini berusia 25 dan 27 tahun pula tinggal di kampung berdekatan dan juga di Johor, tambah wanita itu lagi.

Keluarganya memohon bantuan beberapa pihak untuk membaik pulih namun tiada tindakan susulan diterima. Orang ramai boleh menderma melalui:

Kota Bharu - Tatkala rakan sebaya berlari riang menikmati zaman kanak-kanak penuh warna-warni, si kecil ini pula terlantar membisu long...


Kota Bharu - Tatkala rakan sebaya berlari riang menikmati zaman kanak-kanak penuh warna-warni, si kecil ini pula terlantar membisu longlai di katil hospital berperang dengan nyawanya.

Itu yang diharungi Nur Ar’yana Arissa, 2, selepas tragedi terjatuh dari pelukan ibu, Nur Amizah Muhammad, 29, di rumah mereka di Balok, Kuantan, Pahang, setahun lalu.

Menceritakan kembali detik itu, dua beranak terbabit berada di dalam bilik dan secara tiba-tiba pelampung besar yang disimpan di atas almari dalam bilik berkenaan menggelongsor jatuh.

Katanya, dia yang mendukung anak tunggalnya itu sempat menepis pelampung berkenaan bagi mengelak dari menghempap Nur Ar’yana, malangnya dirinya gagal mengimbangi badan menyebabkan anaknya terlepas dari pangkuan.

“Nur Ar’yana jatuh dalam keadaan terduduk dan kepalanya pula pada terhantuk pada dinding almari. “Keadaan bertambah cemas apabila wajah Nur Ar’yana bertukar kebiruan dan menangis sekuat hati tanpa henti,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan panik itu, dia membawa anaknya ke hospital dan menghubungi suami, Mohd Nur Azimi Mahussin, 33, bagi memaklumkan kejadian.

Nur Amizah berkata, anaknya itu dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, menyebabkan dia juga berpindah ke rumah mentua di Kutan Pasir Pekan, Tumpat, di sini, bagi memudahkan urusan menjaga anaknya itu.

“Pada malam raya lalu, keadaannya bertambah teruk menyebabkan dia dimasukkan ke wad untuk pemantauan rapi sehingga sekarang. “Kepalanya membengkak akibat sakit pada saraf selain paru-parunya dijangkiti kuman serta hanya bergantung pada mesin oksigen untuk bernafas,” katanya.

Beliau berkata, hospital itu kini umpama rumah kedua bagi mereka tiga beranak dan suamninya juga terpaksa bercuti tanpa gaji sejak November tahun lalu kerana bergilir-gilir menjaga anak mereka sambil dibantu keluarga yang lain.

“Dalam sebulan kami memerlukan lebih RM600 untuk beli keperluan dan kelengkapan Nur Ar’yana seperti lampin, susu dan tiub saluran pernafasan berharga RM381 setiap satu yang kerap perlu ditukar.

“Keadaan kewangan kami bertambah sukar kerana wang simpanan makin susut. Kami tidak makan pun tak apa, asalkan keperluannya cukup. Saya tidak putus berdoa dan minta semua berdoa agar anak saya pulih kerana saya sangat merindui keletahnya,” katanya.

Orang ramai boleh salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama Nur Amizah Muhammad atau hubunginya:

018-9143923
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Jika anda mendakwa hidup susah, percaya atau tidak, ada yang lebih melarat. Tidak makan dua hari kerana tiada beras. Cuma RM...


Kota Bharu - Jika anda mendakwa hidup susah, percaya atau tidak, ada yang lebih melarat. Tidak makan dua hari kerana tiada beras. Cuma RM1 untuk isi perut ke sekolah. Sama sekali tidak pernah merasa lazat ayam goreng hidangan restoran makanan segera terkenal.

Cerminan kesusahan itu menimpa sebuah keluarga di Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan.

Susahnya hidup mereka, seumur hidup anak keluarga ini, yang berusia 14 dan 13 tahun, mereka tidak pernah menjamah ayam goreng hidangan restoran makanan segera terkenal.

Dua beradik ini cuma mengetahui rasa lazatnya ayam goreng itu melalui iklan di televisyen dan mendengar cerita keenakan ayam tersebut daripada rakan-rakan.

Kalau ke sekolah, pelajar Sekolah Menengah Raja Sakti ini, Mohd Ruzwan Kadir dan kakaknya Nurul Huda Hanim hanya membawa RM1 di dalam poket masing-masing.

“50 sen beli air, 50 sen lagi untuk nuget. Itu sahaja. Esok begitu lagi. Tidak pernah saya rasa keenakan ayam goreng, hanya tahu bila tengok televisyen dan dengar daripada kawan-kawan,’’kata Mohd Ruzwan ketika ditemui di rumahnya di Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan.

Sepanjang bersekolah, dua beradik ini juga tidak membawa bekal, malah tidak mengambil sarapan kerana tiada lauk.

Dalam sehari, mereka sekeluarga hanya makan sekali sahaja. “Apa boleh buat, terpaksa ikat perut. Kalau makan juga tidak selera. Ada telur rebus dan budu, itu wajib,’’ kata Nurul Huda.

Situasi yang dialami Ruzwan dan kakaknya itu adalah disebabkan kesempitan hidup kedua ibu bapa mereka.

Bapanya Kadir Abdul Rahman, 51, mengalami penyakit saraf dan bekas pengidap angin ahmar yang menyebabkan beliau tidak mampu bekerja.

Ibunya mereka, Saemah Rashid, 50, juga tidak bekerja untuk menampung keluarga. Sebelum ini, keluarga ini menetap di Kuantan, Pahang.

Namun, selepas pulang ke Kelantan dua tahun lalu, hidup mereka semakin melarat sehingga pada satu tahap tidak makan selama dua hari kerana ketiadaan beras.

Keluarga ini menyewa di sebuah rumah di Kampung Kedai Lalat dengan kadar RM350 sebulan.

Sebelum ini mereka mendapat bantuan Pusat Zakat Pahang, namun selepas pulang ke Kelantan, bantuan tersebut terhenti serta merta.

Keadaan daif ini dialami keluarga berkenaan sejak dua tahun selepas Kadir tidak lagi mampu bekerja disebabkan tahap kesihatannya tidak mengizinkan.

Namun, selama dua tahun, Ruzwan dan Nurul Huda enggan menceritakan masalah yang dihadapi keluarganya itu.

Mereka memendam rasa untuk tempoh yang lama sehingga kisah mereka diketahui daripada seorang rakannya yang mendedahkan keluarga ini pernah tidak makan selama dua hari kerana tiada beras untuk dimasak menjadi nasi.

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal penghidap HIV resah memikirkan masa depan empat anaknya termasuk seorang yang kurang upaya. Saleha, 48...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal penghidap HIV resah memikirkan masa depan empat anaknya termasuk seorang yang kurang upaya.

Saleha, 48, (bukan nama sebenar) dari Kampung Baung, Pengkalan Chepa, dekat sini, disahkan menghidap HIV kira-kira lapan tahun lalu, selepas kematian suaminya.

Ibu tunggal itu yang mencari rezeki sebagai tukang jahit, berkata beliau hanya tahu menghidap penyakit berkenaan apabila berhasrat berkahwin lain pada 2012 dan membuat pemeriksaan darah.

"Pemeriksaan darah mengesahkan saya dijangkiti HIV. Hancur luluh hati menerima berita itu, hampir putus asa kerana memikirkan tidak lagi memiliki masa depan.

"Namun, mengenangkan empat anak termasuk sepasang kembar dan seorang daripada mereka yang bisu, saya cekalkan perasaan untuk meneruskan hidup seperti biasa.

"Sejak disahkan menghidap HIV, saya berulang alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan sebelum dikesan menghidap satu lagi penyakit berbahaya," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Katanya, beliau turut disahkan menghidap talasemia atau ketidakmampuan tubuh menghasilkan sel darah merah dan hemoglobin.

Masyarakat bertanggungjawab membantu wanita ini dan memastikan anaknya tidak keciciran sekolah. Beliau juga pohon bantuan membaik pulih rumahnya supaya beliau dapat menjahit dengan lebih selesa.

Setakat ini, Saleha terpaksa melakukan kerja menjahit di luar rumah kerana tempat tinggalnya sempit.
Bantuan sewajarnya termasuk memastikan rawatan di hospital dapat diteruskan secara teratur selain membekalkan sebuah lagi mesin jahit serta bilik tambahan untuk kerja hariannya.

Kota Bharu - Keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menderita penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah sejak beru...


Kota Bharu - Keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menderita penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah sejak berusia dua bulan memohon bantuan untuk rawatan lanjut.

Ibunya, Siti Nurarfa Abdullah, 27, berkata, penyakit anaknya, Muhammad Aminrudin Mat Reduan yang lebih dikenali sebagai Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) itu mengakibatkan kulitnya menggelembung, bernanah dan berdarah sebelum menjadi kudis di bahagian tangan dan kaki.

Katanya, penyakit itu dikesan sejak anaknya itu dilahirkan dan hanya pada usia dua bulan kulit anaknya menggelembung dan bernanah.

"Setiap masa anak ketiga daripada empat beradik itu tidak suka memakai baju apabila berada di rumah kerana bimbang luka di kulitnya melekat. Apabila gatal, dia akan menggaru perlahan-lahan dan berhati-hati kerana risau luka.

“Walaupun Aminrudin tidak pernah menunjukkan kesakitan yang dialami namun melihat keadaan kulitnya itu saya sukar menahan kesedihan.

“Sebelum ini, saya membawa Aminrudin mendapatkan rawatan dan krim sapu di Klinik Kesihatan Panchor, namun sejak pertengahan tahun lalu selepas arwah suami, Mat Reduan Abd Kadir jatuh sakit, rawatan itu terpaksa dihentikan sehinggalah ke hari ini kerana kekangan kewangan,” katanya.

Menurutnya, selepas suaminya meninggal dunia pada Februari lalu, dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah antara RM30 hingga RM35 sehari untuk menyara keluarga.

"Kadang-kadang apabila balik dari kerja saya membuat sedikit kuih untuk diletakkan di kedai makan berhampiran rumah.

"Jika saya mempunyai sumber kewangan lain, sudah tentu saya akan membawa Aminrudin mendapatkan rawatan daripada pakar namun saya tidak mampu kerana pada masa sama menjaga tiga lagi anak, Siti Nur Amalin Puteri, 9, dan Muhammad Amal Putera, 8, yang masing-masing belajar di SK Demit 1 serta Nur Aliana Fitri berusia setahun lima bulan,” katanya.

Katanya, kerana kesempitan hidup yang dialami juga menyebabkan rumah yang didiami anak beranak sejak enam bulan adalah ihsan tuan rumah.

“Sebelum ini ketika arwah suami masih ada, kami tinggal bersebelahan dengan rumah yang didiami sekarang, namun kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah RM250 sebulan menyebabkan kami terpaksa berpindah,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun bank berikut milik salah seorang anaknya Siti Nur Amalin Puteri Mat Reduan:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Tiada apa yang mampu dilakukan Norsahada Razali, 29, melainkan meminta sedekah demi sesuap nasi untuk empat anaknya termas...


Kota Bharu - Tiada apa yang mampu dilakukan Norsahada Razali, 29, melainkan meminta sedekah demi sesuap nasi untuk empat anaknya termasuk seorang anak perempuan berusia setahun yang menghidap barah.

Baginya, biarlah apa orang hendak kata, kerana apa yang penting anaknya tidak kelaparan.

"Saya hanya mahu membesarkan anak dan beri mereka makan kerana jika saya tidak beri mereka makan, tidak ada siapa yang sudi membantu," katanya.

Kisah Norsahada tersebar di Facebook sejak kelmarin selepas seorang pelanggan di sebuah pasar raya di daerah ini membuat catatan mengenai wanita itu yang mengharap ihsan orang ramai sambil meriba anaknya di tepi eskalator pasar raya itu.

Norsahada berkata, dia terpaksa mengemis selepas suaminya yang mencari pekerjaan di Singapura hilang tanpa khabar berita sejak setahun lalu.

Katanya , sebelum ini dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu rumah sejak lebih setahun lalu apabila doktor mengesahkan ketumbuhan di mata kanan anak bongsunya, Nor Anis Mohamad adalah barah sejak anaknya itu berusia empat bulan.

"Ketika Nor Anis berusia lapan bulan, suami saya pergi ke Singapura untuk mencari kerja yang lebih stabil, tetapi selepas itu dia tidak pernah pulang dan bertanya khabar kami sekeluarga.

"Selepas itu, kehidupan saya dan anak berubah. Untuk meneruskan kehidupan seharian, saya terpaksa mengharapkan belas ihsan orang lain selain terpaksa menumpang di rumah ibu mentua di Kampung Lorong Beringin, di sini," katanya.

Menurutnya, setiap hari dia bersama anak bongsunya mengemis di pasar raya itu selepas Asar sehingga sebelum Maghrib.

"Dengan wang yang diperoleh hasil ihsan orang ramai, saya dapat menyara tiga anak berusia 11,9 dan 7 tahun yang bersekolah di SK Seri Kota dan perbelanjaan seharian mereka, namun dalam jumlah yang amat terhad.

"Selain itu, sebulan sekali saya perlu membawa Nor Anis mendapatkan rawatan penyakit barahnya di Hospital Raja Perempuan Zainab II," katanya.

Katanya, dia pernah membuat permohon dari pelbagai pihak untuk mendapat bantuan, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diperoleh.

"Daripada terus mengharapkan bantuan itu, saya terpaksa berusaha sendiri dengan mengharapkan ihsan dari orang ramai.

“Bagaimanapun, saya masih berusaha mencari pihak yang sudi menghulurkan bantuan supaya penyakit barah anak saya dapat diubati," katanya.

Sesiapa yang sudi membantu, boleh hubungi Norsahada ditalian:

012-9494408
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal, Roshaiza Zakaria, terpaksa 'mengurung' ibunya setiap hari sebelum meninggalkan rumah. Tind...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal, Roshaiza Zakaria, terpaksa 'mengurung' ibunya setiap hari sebelum meninggalkan rumah.

Tindakannya itu mungkin mengundang rasa marah orang ramai yang lalu lalang berdekatan rumahnya, namun Roshaiza, 40, berkata, tindakan itu adalah untuk keselamatan ibunya, yang lumpuh sebelah badan dan nyanyuk.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Derdap, Limbat, di sini, Roshaiza, yang bekerja di sebuah pasar mini, baru saja selesai memakaikan lampin pakai buang kepada ibunya, Eshah Wan Ismail, 81, yang ditempatkan di sebuah ruang yang dikunci dari luar.

"Sudah banyak kali ibu keluar disebabkan pintu tidak dikunci dan pernah nyaris dilanggar lori kerana dia merayau-rayau menyebabkan saya terpaksa mengurung ibu," katanya ketika ditemui.

Bukan sahaja terpaksa menguruskan ibu, Roshaiza juga menjaga bapanya yang uzur, Zakaria Abdullah, 88 dan dua anaknya, berusia 17 tahun dan 19 tahun yang masih bersekolah serta menuntut di IPT.

Dengan gaji hanya RM400 sebulan, ditambah wang pencen arwah suami berjumlah RM200 sebulan dan bantuan JKM RM300 sebulan untuk ayahnya, Roshaiza perlu bijak menguruskan perbelanjaan buat mereka sekeluarga.

Ada ketika, ibunya hanya dipakaikan kain lampin kerana tidak mampu membeli lampin pakai buang. "Ibu bukan sahaja lumpuh sebelah tubuh dan nyanyuk, tapi juga tidak dapat bercakap sejak diserang angin ahmar kira-kira 10 tahun lalu.

"Sebelum ini, saya pernah membuat kek dan kuih untuk tempahan kecil-kecilan tapi terpaksa berhenti kerana saya sendiri tidak berapa sihat. Saya kerap mengalami pendarahan dalam hidung," katanya.

Orang ramai yang bersimpati dan mahu membantu keluarga ini, boleh hubungi Roshaiza:

011-21929805
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini