Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia: kota bharu

Inisiatif KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: info@kcpbantu.org

Advertisement Top





Memaparkan catatan dengan label kota bharu. Papar semua catatan

Kota Bharu - Keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menderita penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah sejak beru...


Kota Bharu - Keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang menderita penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah sejak berusia dua bulan memohon bantuan untuk rawatan lanjut.

Ibunya, Siti Nurarfa Abdullah, 27, berkata, penyakit anaknya, Muhammad Aminrudin Mat Reduan yang lebih dikenali sebagai Glucose-6-phosphate dehydrogenase (G6PD) itu mengakibatkan kulitnya menggelembung, bernanah dan berdarah sebelum menjadi kudis di bahagian tangan dan kaki.

Katanya, penyakit itu dikesan sejak anaknya itu dilahirkan dan hanya pada usia dua bulan kulit anaknya menggelembung dan bernanah.

"Setiap masa anak ketiga daripada empat beradik itu tidak suka memakai baju apabila berada di rumah kerana bimbang luka di kulitnya melekat. Apabila gatal, dia akan menggaru perlahan-lahan dan berhati-hati kerana risau luka.

“Walaupun Aminrudin tidak pernah menunjukkan kesakitan yang dialami namun melihat keadaan kulitnya itu saya sukar menahan kesedihan.

“Sebelum ini, saya membawa Aminrudin mendapatkan rawatan dan krim sapu di Klinik Kesihatan Panchor, namun sejak pertengahan tahun lalu selepas arwah suami, Mat Reduan Abd Kadir jatuh sakit, rawatan itu terpaksa dihentikan sehinggalah ke hari ini kerana kekangan kewangan,” katanya.

Menurutnya, selepas suaminya meninggal dunia pada Februari lalu, dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah antara RM30 hingga RM35 sehari untuk menyara keluarga.

"Kadang-kadang apabila balik dari kerja saya membuat sedikit kuih untuk diletakkan di kedai makan berhampiran rumah.

"Jika saya mempunyai sumber kewangan lain, sudah tentu saya akan membawa Aminrudin mendapatkan rawatan daripada pakar namun saya tidak mampu kerana pada masa sama menjaga tiga lagi anak, Siti Nur Amalin Puteri, 9, dan Muhammad Amal Putera, 8, yang masing-masing belajar di SK Demit 1 serta Nur Aliana Fitri berusia setahun lima bulan,” katanya.

Katanya, kerana kesempitan hidup yang dialami juga menyebabkan rumah yang didiami anak beranak sejak enam bulan adalah ihsan tuan rumah.

“Sebelum ini ketika arwah suami masih ada, kami tinggal bersebelahan dengan rumah yang didiami sekarang, namun kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah RM250 sebulan menyebabkan kami terpaksa berpindah,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun bank berikut milik salah seorang anaknya Siti Nur Amalin Puteri Mat Reduan:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Tiada apa yang mampu dilakukan Norsahada Razali, 29, melainkan meminta sedekah demi sesuap nasi untuk empat anaknya termas...


Kota Bharu - Tiada apa yang mampu dilakukan Norsahada Razali, 29, melainkan meminta sedekah demi sesuap nasi untuk empat anaknya termasuk seorang anak perempuan berusia setahun yang menghidap barah.

Baginya, biarlah apa orang hendak kata, kerana apa yang penting anaknya tidak kelaparan.

"Saya hanya mahu membesarkan anak dan beri mereka makan kerana jika saya tidak beri mereka makan, tidak ada siapa yang sudi membantu," katanya.

Kisah Norsahada tersebar di Facebook sejak kelmarin selepas seorang pelanggan di sebuah pasar raya di daerah ini membuat catatan mengenai wanita itu yang mengharap ihsan orang ramai sambil meriba anaknya di tepi eskalator pasar raya itu.

Norsahada berkata, dia terpaksa mengemis selepas suaminya yang mencari pekerjaan di Singapura hilang tanpa khabar berita sejak setahun lalu.

Katanya , sebelum ini dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu rumah sejak lebih setahun lalu apabila doktor mengesahkan ketumbuhan di mata kanan anak bongsunya, Nor Anis Mohamad adalah barah sejak anaknya itu berusia empat bulan.

"Ketika Nor Anis berusia lapan bulan, suami saya pergi ke Singapura untuk mencari kerja yang lebih stabil, tetapi selepas itu dia tidak pernah pulang dan bertanya khabar kami sekeluarga.

"Selepas itu, kehidupan saya dan anak berubah. Untuk meneruskan kehidupan seharian, saya terpaksa mengharapkan belas ihsan orang lain selain terpaksa menumpang di rumah ibu mentua di Kampung Lorong Beringin, di sini," katanya.

Menurutnya, setiap hari dia bersama anak bongsunya mengemis di pasar raya itu selepas Asar sehingga sebelum Maghrib.

"Dengan wang yang diperoleh hasil ihsan orang ramai, saya dapat menyara tiga anak berusia 11,9 dan 7 tahun yang bersekolah di SK Seri Kota dan perbelanjaan seharian mereka, namun dalam jumlah yang amat terhad.

"Selain itu, sebulan sekali saya perlu membawa Nor Anis mendapatkan rawatan penyakit barahnya di Hospital Raja Perempuan Zainab II," katanya.

Katanya, dia pernah membuat permohon dari pelbagai pihak untuk mendapat bantuan, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas diperoleh.

"Daripada terus mengharapkan bantuan itu, saya terpaksa berusaha sendiri dengan mengharapkan ihsan dari orang ramai.

“Bagaimanapun, saya masih berusaha mencari pihak yang sudi menghulurkan bantuan supaya penyakit barah anak saya dapat diubati," katanya.

Sesiapa yang sudi membantu, boleh hubungi Norsahada ditalian:

012-9494408
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal, Roshaiza Zakaria, terpaksa 'mengurung' ibunya setiap hari sebelum meninggalkan rumah. Tind...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal, Roshaiza Zakaria, terpaksa 'mengurung' ibunya setiap hari sebelum meninggalkan rumah.

Tindakannya itu mungkin mengundang rasa marah orang ramai yang lalu lalang berdekatan rumahnya, namun Roshaiza, 40, berkata, tindakan itu adalah untuk keselamatan ibunya, yang lumpuh sebelah badan dan nyanyuk.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Derdap, Limbat, di sini, Roshaiza, yang bekerja di sebuah pasar mini, baru saja selesai memakaikan lampin pakai buang kepada ibunya, Eshah Wan Ismail, 81, yang ditempatkan di sebuah ruang yang dikunci dari luar.

"Sudah banyak kali ibu keluar disebabkan pintu tidak dikunci dan pernah nyaris dilanggar lori kerana dia merayau-rayau menyebabkan saya terpaksa mengurung ibu," katanya ketika ditemui.

Bukan sahaja terpaksa menguruskan ibu, Roshaiza juga menjaga bapanya yang uzur, Zakaria Abdullah, 88 dan dua anaknya, berusia 17 tahun dan 19 tahun yang masih bersekolah serta menuntut di IPT.

Dengan gaji hanya RM400 sebulan, ditambah wang pencen arwah suami berjumlah RM200 sebulan dan bantuan JKM RM300 sebulan untuk ayahnya, Roshaiza perlu bijak menguruskan perbelanjaan buat mereka sekeluarga.

Ada ketika, ibunya hanya dipakaikan kain lampin kerana tidak mampu membeli lampin pakai buang. "Ibu bukan sahaja lumpuh sebelah tubuh dan nyanyuk, tapi juga tidak dapat bercakap sejak diserang angin ahmar kira-kira 10 tahun lalu.

"Sebelum ini, saya pernah membuat kek dan kuih untuk tempahan kecil-kecilan tapi terpaksa berhenti kerana saya sendiri tidak berapa sihat. Saya kerap mengalami pendarahan dalam hidung," katanya.

Orang ramai yang bersimpati dan mahu membantu keluarga ini, boleh hubungi Roshaiza:

011-21929805
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500

Kongsi Portal Ini