KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Johor Bahru - Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu realiti kehidupan yang dihadapi oleh pemuda Mohd Fakrul Hakim...


Johor Bahru - Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu realiti kehidupan yang dihadapi oleh pemuda Mohd Fakrul Hakimi Yusoff yang menderita sakit sendi punggung dan memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan yang dianggarkan melebihi RM40,000.

Pemuda berusia 25 tahun itu berkata pembedahan kali kedua itu adalah bagi memasukkan besi di kaki kanannya yang telah reput bagi membolehkan dia untuk bergerak dengan mudah menggunakan kerusi roda.

Dia yang menghidap Cerebral Palsy sejak lahir, kini terlantar sakit sejak menderita sakit sendi punggung pada 2016.

"Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Sejak daripada itu, saya terus tidak dapat berjalan dan tidak dapat bangun langsung serta perlu diangkat untuk ke hospital.

Malahan untuk urus diri sendiri, saya juga tidak mampu," kata anak sulung daripada tiga adik-beradik itu.

Mohd Fakrul Hakimi berkata, dia hanya mengharapkan bantuan ayahnya Yusoff Mohd Noor, 65, yang terpaksa berhenti kerja sebagai buruh untuk membantunya mengurus diri dan membawanya ke hospital untuk menerima rawatan.

Graduan Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu itu juga memberitahu pembedahan pertamanya pada tiga tahun lepas untuk membuang sendi paha yang turut terjejas dan reput tidak menjadikan tahap kesihatannya bertambah baik, malah semakin memburuk.

"Saya harapkan pembedahan kali ini dapat dilakukan kerana saya tidak mahu susahkan abah lagi, doktor beritahu peluang untuk saya bergerak semula ada walaupun tidak dapat berjalan, guna kerusi roda pun dah cukup bagi saya.

"Pada 25 Mac nanti saya akan berjumpa doktor di Hospital Sultanah Aminah untuk menentukan sama ada pembedahan itu akan dilakukan, memandangkan ia dianggarkan menelan kos yang agak tinggi, saya harap ada orang dapat membantu," katanya.

Sementara itu, Yusoff berkata dia hanya mengharapkan bantuan orang ramai untuk membeli barang keperluan semenjak anak sulungnya itu terlantar sakit. Kini, dia hanya menerima RM250 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya tidak beli susu dan lampin pakai buang kerana mahal, saya tidak mampu, kalau ada orang beri, saya bersyukur. Kalau dia nak buang air pun saya bantu dari atas katil, tadah baldi dan bersihkan di situ," katanya sambil menambah anak kedua dan ketiga baru sahaja habis belajar.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban Mohd Fakrul Hakimi boleh menghulurkan bantuan terus ke akaun bank milik bapanya Yusoff Mohd Noor seperti berikut:

Mohd Fakrul Hakimi
Progress:

RM0 raised

Goal: RM40000



blog counter views

Kuantan - Anda boleh membantu kami untuk memberi makan kepada kanak-kanak dan wanita yang terjejas dengan masalah dadah dan HIV/AIDS di ...


Kuantan - Anda boleh membantu kami untuk memberi makan kepada kanak-kanak dan wanita yang terjejas dengan masalah dadah dan HIV/AIDS di Casa Harapan dan anak-anak yatim di Rumah Anak-Anak Yatim Permata Al-Insyirah di Kuantan dengan mendermakan makanan dalam tin seperti:

• Sardin
• Sup cendawan
• Kari ayam

Can Food Drive 10th February - 10th March 2020


Anda boleh drop-off barangan di alamat di bawah. Untuk sebarang pertanyaan hubungi Ain:

Kolej Profesional Mara Indera Mahkota
013-6541582
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kuantan - Nur Dalila Sofea, anak ketiga pasangan Noorsuhana bt Adnan dan suaminya Muhammad Zubir bin Zulkifli menderita penyakit Holopro...


Kuantan - Nur Dalila Sofea, anak ketiga pasangan Noorsuhana bt Adnan dan suaminya Muhammad Zubir bin Zulkifli menderita penyakit Holoprosencephaly. Holoprosencephaly adalah penyakit ada air lebih dalam kepala dan tisu otak yang sedikit.

Cerita Noorsuhana, 28 tahun, ketika kandungannya berusia 7 bulan, hasil scan yang telah dilakukan doktor menunjukkan ada air ketuban yang banyak. Malah doktor juga mendapati terdapat banyak air di bahagian otak bayi. Bagi mendapatkan kepastian, doktor telah memindahkan kes Noorsuhana dari Pekan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan. 

“ Apabila doktor di Kuantan mengesahkan memang ada lebihan air dalam kepala bayi, doktor mengambil keputusan untuk menunggu bayi dilahirkan terlebih dahulu untuk pastikan sama ada betul atau tidak.” Ujar Noorsuhana memulakan bicara.

Betapa sedihnya Noorsuhana apabila menerima perkhabaran doktor itu. Setiap hari dia menangis mengenangkan nasib anaknya nanti. Malah setiap hari dia berdoa supaya anaknya kelak sihat. “ Belum genap 38 minggu saya telah bersalin secara emergency caesarean di HTAA bayi songsang. Ketika bayi lahir, ukur lilit kepala dia normal, dalam 34cm. 

“Jadi doktor aturkan temu janji untuk buat proses MRI dan CT Scan. Selepas ujian dibuat, memang sah ada air lebih dalam kepala. Masa umur dia nak masuk 2 bulan, ukur lilit kepala dia setiap minggu semakin menaik. “ Kata doktor neuro, setiap kali anak menangis, ukur lilit akan jadi makin bertambah. Dari masa dilahirkan sehinggalah umur dia genap 4 bulan, ukur lilit kepala dia menaik sehingga menjadi 48cm. 

“Ketika umur dia 4 bulan juga, doktor telah menjalankan pembedahan memasang VP shunt untuk bagi air dalam kepala mengalir keluar. “ Tetapi sebelum pembedahan itu, doktor dari Hospital KL mengesahkan anak saya Nur Dalila Sofea bukannya ada penyakit hidrocephalus tetapi penyakit holoprosencephaly sebab muka dia dari segi luaran seperti sindrom down,” jelas Noorsuhana. “Disebabkan penyakitnya sekarang, mata Dalila tidak boleh melihat. Menurut doktor mata, saraf mata Dalila pucat. Dia terpaksa memakai spek untuk merawat saraf matanya,” tambah Noorsuhana lagi.

Keadaan terkini Dalila tidak memberangsangkan. Noorsuhana menjelaskan anaknya itu mengalami masalah berat badan. Semasa temu ramah ini dilakukan, umur Dalila 11 bulan dan beratnya pula hanya 5kg sahaja. “ Doktor bagi makan ubat multivitamin dengan ubat tambah darah sebab Dalila juga ada anemia. Ketika umur dia 8 bulan, Dalila terpaksa dimasukkan ke wad sebab dia menangis sampai biru muka, kaki dan tangan. 

Ibarat macam orang kejang dan suaranya tidak keluar. “Selain itu, doktor turut risau dan takut dia ada sawan sebab doktor cakap bayi yang kurang tisu otak ini mudah terkena sawan. Disebabkan itu, sampai sekarang Dalila kena makan ubat sawan. “Dalila kini tidak mampu hendak buat apa-apa dan hanya mampu berbaring sahaja. Malah dari lahir sampai sekarang Dalila tidak pernah tidur lena sebab dia asyik menangis. 

“Kata doktor, kanak-kanak disebabkan Dalila tidak dapat melihat, jadi dia tidak dapat bezakan siang dan malam. Jadi doktor cadangkan apabila dibawa berjumpa pakar neuro nanti saya perlu minta ubat saraf untuk Dalila.” Kongsi ibu cekal ini. Jelas Noorsuhana lagi, hanya sentuhan sahaja yang dapat menenangkan anaknya. Kini Noorsuhana bersyukur Dalila sudah boleh mendengar kerana sebelum ini telinganya ada masalah yang menyebabkan anaknya tidak boleh mendengar. Sebelum ini mereka memiliki dua orang anak normal. Hanya anak ketiga mereka ini satu-satunya anak istimewa dalam keluarga mereka. 

“Memang mencabar menjaga Dalila sebab dia memang kuat menangis. Saya dan suami bergilir-gilir jaga dia pada waktu malam. Dalila kalau menangis dia tak nak dengan orang lain walaupun ayah dia sendiri. “Kadang-kadang saya terfikir kalau saya sakit, bagaimana dengan Dalila. Sebab itu saya selalu berdoa semoga saya sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga Dalila.” Doa Noorsuhana.

Muhammad Zubir hanya bekerja sebagai operator kilang. Noorsuhana pula tidak bekerja. Pasangan suami-isteri ini hanya bergantung pada bantuan yang Dalila dapat dari JKM untuk membawanya bertemu doktor di HTAA. Ringankan beban keluarga ini dengan menyumbang ke akaun bank berikut atas nama Noorsuhana Binti Adnan:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kuantan - Malang tidak berbau dan perkara yang tidak dijangka berlaku apabila kelas dan pejabat Sekolah Rendah Islam (SERI) Tahfiz Al B...



Kuantan - Malang tidak berbau dan perkara yang tidak dijangka berlaku apabila kelas dan pejabat Sekolah Rendah Islam (SERI) Tahfiz Al Banna di Bandar Jengka, Maran terbakar, malam tadi.

Kejadian pada 9.15 malam itu memusnahkan 50 peratus bangunan itu. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan daripada MERS 999 pada 9.27 malam memaklumkan kejadian itu.

“Dua dua jentera dan sebuah ambulans dengan kekuatan 15 anggota dikerah ke lokasi. “Api berjaya dikawal pada 9.44 malam dan padam sepenuhnya tidak lama kemudian,” katanya. Beliau berkata, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan. 

Sekolah Rendah Islam (Seri) Tahfiz Al Banna di Felda Melati Jengka 11, di sini memerlukan sumbangan kira-kira RM500,000 selepas bangunan pejabat dan kelas sekolah itu musnah dalam kebakaran kelmarin.

Timbalan pengerusi sekolah, Kamaruzaman Usop berkata, sumbangan itu bertujuan untuk membeli semula peralatan yang musnah antaranya komputer, sistem pembesar suara, projektor dan barangan pejabat serta memperbaiki semula kerosakan di bangunan pejabat dan kelas.

Menurutnya, buat masa ini, sesi pembelajaran hanya kembali disambung bermula esok. "Sekolah ini mempunyai 173 murid dengan 18 daripadanya tinggal di asrama. Sesi pengajian selepas ini hanya membabitkan kelas pengajian al-Quran di bangunan baharu bersebelahan dan dipendekkan dari jam 7.15 pagi hingga 1 tengah hari berbanding hingga 4.30 petang sebelum ini.

"Bangunan baharu itu pun berada dalam keadaan serba tidak lengkap, belum ada bekalan elektrik dan peralatan serta masih memerlukan sumbangan untuk kegunaan sekolah," katanya.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya ada menerima sumbangan pelbagai pihak dan orang ramai yang prihatin.

"Kita telah menerima sumbangan kira-kira RM40,000 dan ia akan digunakan untuk membeli keperluan sewajarnya," jelasnya.

Mengulas kejadian kebakaran itu, Kamaruzaman bagaimanapun bersyukur kerana ia tidak membabitkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan kepada warga sekolah.

Bagi mereka yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Seri Tahfiz Al Banna atau hubungi Kamaruzaman di talian berikut:

014-8071036
Progress:

RM50 raised

Goal: RM100000



blog counter views

Kota Bharu - Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Itulah gambaran nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Pal...



Kota Bharu - Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Itulah gambaran nasib seorang ibu tunggal dari Kampung Kubang Palas, Banggu, yang terlantar dan perlu diuruskan oleh anak lelakinya.

Rosmaziah Ismail, 36, berkata, dia tidak mampu menguruskan keluarga dan diri sendiri selepas terbabit dalam kemalangan di Pasir Tumboh dua tahun lalu apabila motosikal ditunggang anak lelakinya, Mohd Adam Haikal Abdullah, 19, dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Rantau Panjang ke Kota Bharu.

Katanya, bimbang jangkitan luka pada kaki kanannya merebak ke bahagian jantung yang boleh merisikokan nyawa, doktor memotong kaki kanannya sehingga ke paras lutut.

“Selang beberapa bulan kemudian, saya sekali lagi diuji apabila diserang angin ahmar pada sebelah kiri badan dan hanya mampu mengengsot untuk bergerak,” katanya di rumah tumpangan di Kampung Kubang Palas.

Terdahulu, keluarga ini menerima kunjungan daripada I Medikel Pharmacy Sdn Bhd yang turut menyampaikan sumbangan keperluan harian, wang tunai dan juga kerusi roda untuk meringankan beban keluarga ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan I Medikel Pharmacy Sdn Bhd, Hasnah Zakaria; Pengerusi Info Semasa Kubang Kerian, Mohamad Afandi Mohamad dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan, Wan Zulman Wan Hassan.

Lebih malang, pada akhir tahun lalu, suami Rosmaziah mengambil keputusan untuk berpisah dan Rosmaziah kini diuruskan sepenuhnya oleh Mohd Adam Haikal.

Rosmaziah turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan kedua termasuk anak berusia 14 tahun yang kini berada dalam jagaan bekas suaminya, manakala anak bongsu berusia lapan tahun meninggal dunia tahun lalu kerana menghidap penyakit jantung berlubang.

Katanya, selain bergantung dengan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM250, Mohd Adam Haikal juga mengambil upah menjaga dusun penduduk kampung dengan kadar upah RM250 seminggu.

“Dalam sebulan, saya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM1,000 untuk membeli lampin pakai buang selain makan dan minum harian kami dua beranak,” katanya.

Katanya, kini kedua-dua belah matanya juga kabur disebabkan penyakit kencing manis kronik dan darah tinggi.

“Saya perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat dibekalkan oleh pihak hospital dan setiap kali menghadiri temujanji di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Yayasan Orang Kurang Upaya akan datang mengambil dan menghantar saya di rumah.

“Sejak seminggu lalu, saya dan anak menumpang di rumah jiran buat sementara waktu memandangkan rumah yang didiami kami sebelum ini sedang dalam proses baik pulih berikutan terlalu uzur,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Adam Haikal di talian:

018-9123286
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Tumpat - Jazakumullahu khairan khatira kepada insan-insan prihatin yang sudi berkongsi rezeki bersama-sama anak-anak yatim dan dhuafa&...



Tumpat - Jazakumullahu khairan khatira kepada insan-insan prihatin yang sudi berkongsi rezeki bersama-sama anak-anak yatim dan dhuafa' RAYSA.

Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa' (LilBanat) Siti Aminah Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan Darul Naim

Cadangan penubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa’ Siti Aminah Pasir Pekan ini merupakan salah satu usaha untuk membela golongan anak yatim dan anak orang miskin yang terbiar tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada penghuninya.

Sistem pengajian di sini berkonsepkan pengajian tahfiz separuh masa, pendidikan ilmu agama serta turut menekankan pengetahuan semasa agar semua penghuninya dapat menjadi hamba Allah yang bertaqwa seterusnya dapat menabur bakti kepada agama,masyarakat dan negara.




1. Membela nasib anak-anak yatim dan anak orang miskin serta memberi perlindungan, bimbingan dan pendidikan khusus kepada mereka agar nasib mereka terbela sebagaimana yang dituntut oleh agama.

2. Membentuk keperibadian yang mulia dan terpuji di kalangan anak yatim dan miskin agar kekurangan mereka tidak menjadi halangan untuk mereka menjadi hamba yang beriman kepada Allah SWT.

3. Menjadi satu badan perlindungan dan badan untuk mencari dana yang mencukupi bagi menampung keperluan semua aspek dalam pengurusan dan pembangunan RAYSA.

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita semua dan makbulkan segala doa kita semua.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Tabung Kebajikan Anak Yatim Dan Dhuafa' Siti Aminah atau hubungi Sufiyah:

012-9559429
Progress:

RM13 raised

Goal: RM500



blog counter views

Batu Pahat - “Saya sanggup berkorban apa sahaja yang terbaik buat Maryam biarpun menyedari kos pembedahan hati melibatkan nilai menceca...



Batu Pahat - “Saya sanggup berkorban apa sahaja yang terbaik buat Maryam biarpun menyedari kos pembedahan hati melibatkan nilai mencecah ratusan ribu ringgit,” ujar Zuridah Sadon, 40.

Anak perempuan Zuridah, Nur Maryam Sulaiman yang mesra disapa Maryam baharu berusia 10 bulan telah disahkan menghidap penyakit hati kronik atau Biliary atresia (BA).

Katanya, anak keenamnya itu perlu menjalani pembedahan hati dengana anggaran kos mencecah RM160,000 jika dilakukan di dalam negara dan RM250,000 jika di China.

“Sebelum ini, susulan kerap demam ditambah dengan ‘kuningnya’ yang tidak bertambah baik, Maryam telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Maryam seterusnya menjalani prosuder khas di HKL, namun gagal menyembuhkan hati anak yang kini dapat dilihat semakin membesar seakan membengkak di bahagian perut,” katanya yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sebagai operater pengeluaran kilang bagi memberi tumpuan sepenuhnya menjaga Maryam.

Tambah beliau lagi, dia dan suami tidak pernah berputus asa mencari penawar bagi menyembuhkan Maryam biarpun suaminya hanya bekerja sebagai pemandu lori di sebuah kilang elektronik di Pekan Rengit Batu Pahat.

“Saya selalu tonton televisyen, tengok ada bayi yang pulih selepas menjalani pembedahan hati. Itu memang impian saya dan suami. Maryam segalanya buat kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Rengit Jaya di sini, semalam.

Beliau berharap agar keluarganya dibantu memandangkan hanya suaminya yang bekerja bagi menampung kos perubatan Maryam dan empat lagi orang anak yang masih bersekolah.

“Anak sulung berumur 18 tahun bekerja di pasaraya sementara menunggu keputusan SPM. Yang lain berusia 17, 9,8 dan 4 tahun masih bersekolah,” katanya lagi.

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Zuridah binti Sa'don:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Pokok Sena - Seorang suri rumah, Sharifah Sharimah Syed Ali, 41, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan beban suaminya menyediakan ...


Pokok Sena - Seorang suri rumah, Sharifah Sharimah Syed Ali, 41, merayu bantuan orang ramai bagi meringankan beban suaminya menyediakan keperluan mereka sekeluarga termasuk rawatannya selepas disahkan mengidap kanser kulit tahap empat, bulan lalu.

Dia yang menetap di Kampung Kolon, di sini, berkata, suaminya Mohd Yusof Awang, 47, yang bekerja sebagai penoreh getah tidak mempunyai pendapatan tetap selain mempunyai tanggungan tiga anak berumur antara lima dan 20 tahun.

“Hidup kami terus berubah dan makin terhimpit dengan suami terpaksa meninggalkan kerjanya dan membawa saya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) menjalani rawatan radioterapi di sana kerana doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan sel kanser telah merebak ke otak.

“Pada 24 Febuari ini saya akan ke HPP lagi untuk pemeriksaan seterusnya dan memerlukan RM500 kos rawatan tidak termasuk kos pengangkutan dan makan minum suami. Ini yang membingungkan kami disebabkan masalah kewangan kami hadapi,” katanya.

Sharifah Sharimah, yang sebelum ini menjual nasi lemak, berkata, kesihatannya semakin merosot dan hanya mampu terlantar di rumah sekali gus kini mengharapkan pendapatan suaminya sepenuhnya untuk memenuhi keperluan keluarga.

Sehubungan itu, beliau sangat mengharapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dapat mempertimbangkan bantuan bersesuaian yang boleh diberikan kepadanya untuk meringankan beban suaminya.

Sementara itu, Mohd Yusof, berkata, isterinya itu pernah mendapat bantuan daripada LZNK selama setahun antara September 2016 hingga Disember 2017 selepas didapati terdapat ketumbuhan pada bahagian dada pada 2015 dan perlu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu,

“Waktu itu doktor kesan kanser kulit ini pada tahap awal dan selepas pembedahan membuang ketumbuhan itu dilakukan, isteri saya nampak semakin pulih pada 2017 dan dia tidak lagi pergi mendapatkan rawatan susulan dan pemeriksaan pada tahun berikutnya, dan kami pun berhenti mohon bantuan zakat.

“Tetapi tidak sangka tahun ini kanser tersebut sudah merebak ke otak hingga menjejaskan pergerakan isterinya. Sekarang, saya sangat memerlukan bantuan daripada JKM dan zakat bagi menampung keperluan isteri saya ini,” katanya.

Sementara itu, nasib Sharifah Sharimah mendapat perhatian daripada Pengerusi Sahabat Charity Balqish (SCB), Rukiza Abu Bakar yang tampil menghulurkan bantuan barangan keperluan serta wang tunai.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Sharifah Sharimah atau menghubungi Mohd Yusof:

013-8406931
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Jerantut - Puas kami menangis tapi lama-kelamaan kami reda dan bersedia menghadapi segala risiko, kata Mohd Faidhisham Samsudin, 30, yan...


Jerantut - Puas kami menangis tapi lama-kelamaan kami reda dan bersedia menghadapi segala risiko, kata Mohd Faidhisham Samsudin, 30, yang reda menerima ujian apabila anak sulungnya, Nur Arissa Sumayyah, 2, menghidap lebihan cecair di kepala atau hydracephalus.

Mohd Faidhisham berkata, Nur Arissa Sumayyah disahkan menghidap hydrocephalus ketika 27 minggu berada dalam kandungan ibunya.

"Mula-mula siapa tak sedih, dah puas kami menangis tapi lama kelamaan reda.

"Siapa tak mahu anak yang sihat tapi ini dugaan yang Allah SWT yang bagi kepada kami untuk hadapi dengan reda dan sabar berdepan segala ujian," katanya yang bertugas sebagai juruteknik komputer di sebuah sekolah menengah di Jerantut.

Dia berkata, sejak itu rutin hariannya bersama isteri, Syahidah Suhaimi, 28 mula berubah dan perlu berulang alik ke HUSM Kubang Kerian,Kelantan dari Jerantut demi kesihatan anaknya.

"Buat masa ini, anak saya sudah tiga kali menjalani pembedahan 'shunt' untuk mengalirkan lebihan cecair di kepala sejak lahir dengan pembedahan terakhir pada 1 November lalu.

"Kali ini anak saya perlu menjalani pembedahan sekali lagi dalam tempoh terdekat di HUSM dan kosnya masih belum diketahui lagi.

"Kini anak saya berada di hospital sebelum menjalani pembedahan," katanya.

Faidhisham turut mengakui terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk keperluan anaknya terutama kos ulang alik ke hospital memandangkan isterinya sudah berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak mereka.

"Selepas ini, anak saya juga memerlukan susu khas untuk menaikkan berat badannya selain lampin pakai buang dan rawatan susulannya," katanya.

Menaruh harapan tinggi agar Nur Arissa kembali sihat, Faidhisham mengharapkan doa orang ramai untuk anaknya sembuh daripada penyakit tersebut.

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Mohd Faidhisham Samsuddin atau menghubunginya:

010-8300560
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kongsi Portal Ini