KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Gua Musang -  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah hakikat yang terpaksa dihadapi seorang lelaki berusia 27 tahun, ...


Gua Musang -  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah hakikat yang terpaksa dihadapi seorang lelaki berusia 27 tahun, namun berat badan hanya 20 kilogram.

Lelaki berkenaan lumpuh sejak diserang penyakit demam panas ketika usianya sebulan.

Akibat penyakit itu juga, Mohamad Saifulhafizal Mohd Yaki yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap B, Gua Musang, Kelantan tidak boleh bercakap dan badannya lumpuh.

Kecacatan itu menyebabkan dia hanya hidup terlantar apabila segala keperluan termasuk makan dan minum dijaga sepenuh masa oleh ibunya.

Menurut ibunya, Sharifah Che Mat, 53 tahun, dia terpaksa mendukung Mohamad Saifulhafizal setiap kali ke bilik air.

Katanya, dia tidak mampu membeli kerusi roda khas untuk anaknya bagi tujuan ke bilik air.

“Orang lain takut nak angkat. Kakak dia yang datang pun jarang sekali dan takut nak angkat. Takut patah. Saya dah biasa. Kadang-kadang terlepas juga kat bilik air tu masa mandikan dia.

“Dia pun tak boleh bercakap. Kita tanya, kalau dia nak makan, dia suka dia makanlah. Kalau senyap tu (maksudnya) tak naklah,” ujar Sharifah.

Kata Sharifah lagi, suaminya meninggal dunia sejak enam tahun lalu dan sejak itu dia dan lima anak hanya bergantung kepada duit sara hidup sebagai peneroka Kesedar sebanyak RM1,000 sebulan.

Orang ramai yang ingin menghulur bantuan kerusi roda khas itu boleh menghubungi Sharifah Che Mat di talian berikut:

013-9469001
Progress:

RM0 raised

Goal: RM5000



blog counter views

Kota Bharu - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mampu terlantar selepas disahkan lumpuh akibat mengalami demam panas ketika ber...


Kota Bharu - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun hanya mampu terlantar selepas disahkan lumpuh akibat mengalami demam panas ketika berusia 10 bulan.

Akibatnya, badan Mohamad Shahril Arsyad Mohd Rosbaidi, menjadi kejang serta disahkan menghidap penyakit saraf atau Acute Necrotising Encephalopathy Of Childhood (ANEC).

Ibunya, Sareha Ismail, 46, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu dilahirkan normal, namun kini anaknya terlantar dan tidak boleh bertutur seperti kanak-kanak lain, selain kerap diserang sawan.

“Saya perlu memberi sepenuh perhatian kepada anak kerana dia seperti bayi, dia hanya boleh disuap makanan lembut seperti nasi air dan bubur.

“Sementara lehernya perlu ditampung ketika diberi susu bagi mengelakkan tersedak,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pauh, Badang, Jalan PCB, Kota Bharu, hari ini.

Sareha berkata, sebagai ibu dia sentiasa berharap anaknya dapat berjalan.

Sehubungan itu, dia memohon bantuan untuk membeli kerusi roda khas bagi sokongan leher yang disyorkan oleh doktor bernilai RM10,000.

“Kerusi roda itu akan diubahsuai untuk menyokong kepala, bahagian leher dan tulang belakang anak yang tidak boleh ditegakkan.

“Kami memerlukan kerusi roda khas untuk membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya.

Suri rumah itu berkata, setiap bulan dia perlu memperuntukkan kos RM1,000 untuk membeli lampin pakai buang, susu khas dan kos ulang-alik ke HRPZ II untuk fisioterapi.

Katanya, dia bersyukur kerana mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 sebulan di samping pendapatan suaminya, Mohd Rosbaidi Mohamad Nor, 48, yang bekerja sebagai buruh RM1,000 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun bank berikut atas nama Mohd Rosbaidi Mohamad Nor atau hubunginya:

013-9263446
Progress:

RM0 raised

Goal: RM10000



blog counter views

Marang - Usianya baru 31 hari namun Abdul Raihan Abdul Rahim sudah menanggung derita akibat kegagalan salah satu buah pinggang dan masal...


Marang - Usianya baru 31 hari namun Abdul Raihan Abdul Rahim sudah menanggung derita akibat kegagalan salah satu buah pinggang dan masalah tulang belakang.

Berikutan keadaan itu, Abdul Raihan memerlukan pemantauan rapi dan tidak dapat menjalani kehidupan normal seperti bayi seusianya.

Bercerita lanjut, bapanya, Abdul Rahim Razak, 26 berkata, anak bongsunya itu dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan isteri, Nurul Suhada Che Mahmud, 25, berusia 33 minggu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat bekerja sebagai kelindan lori sejak lebih sebulan lalu kerana perlu membantu isteri menjaga anak sulung, Nurul Auni Safiya, 16 bulan dan pada masa sama memantau keadaan Abdul Raihan.

“Ketika kandungan isteri berusia tujuh bulan, doktor ada memaklumkan bayi di dalam perut mengalami masalah pada bahagian pusat.

“Namun, kami tidak dimaklumkan secara terperinci dan apabila Abdul Raihan dilahirkan, keadaannya tidak seperti bayi normal kerana ususnya di luar perut manakala salah satu pinggangnya gagal berfungsi.

“Tipulah kalau katakan tidak sedih lebih-lebih lagi isteri kerana dia yang melahirkan tetapi kami kuatkan hati untuk reda dengan ketentuan ini,” katanya.

Abdul Rahim yang menetap di Kampung Pak Madah, Bukit Payong, Terengganu berkata, setakat ini, Abdul Raihan berada di rumah dan tiada masalah untuk minum susu seperti biasa.

Menurut Abdul Rahim, anaknya itu juga tidak banyak meragam dan kebiasaannya hanya menangis apabila lukanya dicuci setiap dua jam sekali serta lampin pakai buang ditukar mungkin kerana sakit di bahagian berkenaan.

“Doktor meminta saya dan isteri membawa Abdul Raihan menjalani pemeriksaan susulan pada April dan Jun nanti bagi melihat keadaannya.

“Difahamkan, akan ada pembedahan tetapi belum ada tarikh yang muktamad namun saya bersyukur kerana ramai prihatin rakan berkongsi gambar Abdul Raihan di laman sosial.

“Ada yang datang melawat dan menghulurkan sumbangan kepada kami.

“Terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban kami terutama saya kerana buat masa ini tidak dapat bekerja serta terpaksa meminjam duit daripada rakan serta saudara mara untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

Sekalipun tidak pasti kemungkinan yang akan berlaku, Abdul Rahim tetap menaruh harapan untuk melihat Abdul Raihan kembali sihat dan membesar seperti bayi lain.

“Kalau boleh, saya mahu dia (Abdul Raihan) hidup seperti bayi normal, bebas daripada penyakit dan dipanjangkan usia.

“Saya dan isteri juga akan menjaganya serta berikhtiar mencari jalan untuk merawatnya selagi diberi kudrat oleh Allah,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu Abdul Rahim boleh salurkan bantuan melalui akaun berikut milik ibunya atas nama Nurul Suhada Che Mahmud atau menghubunginya:

014-8242823
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kota Bharu - Seorang ibu tunggal dari Kampung Sabak, di Kota Bharu, mengharapkan simpati orang ramai selepas hilang punca pendapatan ber...


Kota Bharu - Seorang ibu tunggal dari Kampung Sabak, di Kota Bharu, mengharapkan simpati orang ramai selepas hilang punca pendapatan berikutan penyakit tuberkulosis atau tibi yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.

Menurut Mariam Mat Deris, 53, ketika masih sihat, dia bekerja di tempat pemprosesan keropok yang terletak berdekatan rumahnya dengan kadar upah RM50 sehari untuk menyara keluarga.

Katanya, selepas disahkan menghidap penyakit itu, dia kini tidak lagi mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana badannya akan berasa cepat letih.

Pada masa sama katanya, dia perlu berulang-alik ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dengan menaiki bas bagi mendapatkan rawatan dan mengambil ubat pada setiap bulan.

"Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak yang lain kerana ada antara mereka yang tidak bekerja dan jika ada kerja pun hanya sekadar cukup untuk makan minum mereka sahaja.

"Kini, selain perlu menampung keperluan diri dan ubatan, saya juga perlu menyara anak bongsu, Nur Dariana Abdullah, 11, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sabak," katanya di rumahnya di Kampung Sabak, di Kota Bharu.

Selain Nur Dariana, dia mempunyai lima anak lain dengan ada yang sudah bekerja dan mempunyai keluarga masing-masing.

Mariam berkata, dia sebelum ini mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun suami pertamanya meninggal dunia 12 tahun lalu selepas terjatuh ke dalam kolam ikan.

Dia kemudian berkahwin kali kedua tetapi bercerai sejak 10 tahun lalu.

"Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kini saya bergantung sepenuhnya kepada bantuan bulanan yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100 sebulan.

"Saya akui bantuan ini tidak mencukupi, dan ada kalanya bagi mengalas perut, saya dan anak-anak hanya makan nasi kosong bersama kicap atau biskut kering dicicah dengan teh kosong jika kesempitan wang.

"Mujurlah anak bongsu memahami kesusahan yang dialami dan dia tidak pernah meminta-minta kerana mengetahui saya tidak mampu untuk menunaikan permintaannya," katanya.

Katanya, lebih menyedihkan lagi, sejak 40 tahun lalu mereka sekeluarga juga terpaksa mengharungi lumpur untuk masuk ke kawasan rumah disebabkan air pantai berdekatan.

"Justeru itu, saya amat berharap ada pihak boleh membantu untuk meletakkan pasir atau batu di kawasan hadapan rumah untuk memudahkan kami dan orang lain keluar masuk tanpa perlu mengharungi becak lagi," katanya.

Mana-mana pihak yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank berikut atas nama Mariam Mat Deris atau menghubunginya:

011-14177602
Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Setiu - “Saya tidak sanggup lihat penderitaan anak dan mahu dia segera menjalani pembedahan hati sama ada di China atau India, tetapi me...


Setiu - “Saya tidak sanggup lihat penderitaan anak dan mahu dia segera menjalani pembedahan hati sama ada di China atau India, tetapi memerlukan kos tinggi.”

Begitu kata Zamzuri Ahmad, 38, bapa Muhammad Zhafran Amsyar, 12 bulan yang bukan saja menghidap penyakit hati kronik (Biliary Atresia), tetapi juga angin pasang, jantung berlubang dan masalah hempedu.

Zamzuri berkata, dia memerlukan bantuan kewangan RM250,000 bagi membolehkan mereka membawa anak sulungnya ke China atau India bagi menjalani pembedahan.

Menurutnya, dia membawa anaknya menjalani beberapa rawatan termasuk dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Bagaimanapun, cadangan PPUM membawa Amsyar ke hospital di China atau India kerana ada kepakaran khas merawat penyakit itu,” katanya.

Menurutnya, beberapa penyakit dialami mennyebabkan perutnya membuncit, tubuh termasuk mata menjadi kuning dan alat sulit membengkak kerana penyakit angin pasang.

“Sepanjang masa Amsyar merengek sakit dan paling ketara pada bahagian kemaluan yang bengkak.

“Saya pun berasa terseksa apatah lagi Amsyar yang menanggung kesakitan itu.

“Setiap dua bulan, saya dan isteri, Nor Alisa Udin, 23, membawa Amsyar ke PPUM untuk bertemu pakar” katanya yang bekerja kilang di Kampung Saujana, Setiu.

“Pertemuan dengan pakar hati di PPUM bagi menetapkan tarikh pembedahan hati di luar negara.

“Jika RM250,000 itu dapat dikumpul dalam tempoh terdekat, pembedahan itu juga dapat disegerakan,” katanya.

Sementara itu, Nor Alisa berkata, masalahnya turut dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) dan Tabung Darul Iman.

Katanya, setakat ini, hanya Maidam yang menyumbangkan RM2,000 iaitu pada tahun lalu.

Orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Zamzuri Ahmad atau menghubunginya:

011-16816897
Progress:

RM0 raised

Goal: RM50000



blog counter views

Gua Musang - Setiap insan mempunyai kisah suka dukanya tersendiri. Walaupun menghidap penyakit tiroid sejak 19 tahun lalu namun seorang ...


Gua Musang - Setiap insan mempunyai kisah suka dukanya tersendiri. Walaupun menghidap penyakit tiroid sejak 19 tahun lalu namun seorang ibu tetap tabah menjaga tiga anaknya yang menderita penyakit leukemia dan tulang lembut.

Keadaan itu bukan beban buat ibu sembilan anak, Cik Laily Che Musa, 42, dari Kampung Batu Papan, Gua Musang, untuk menjaga mereka yang kerap kali menerima rawatan di hospital.

Cik Laily berkata, anaknya Mohd Nor Firdaus Mohd Amin, 16, dan Mohd Amin Ruallah, 8, menghidap leukemia, manakala Mohd Adam Arif, 10, pula mempunyai masalah tulang lembut.

Mereka kerap mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan perlu perhatian sepenuhnya.

Untuk itu Cik Laily berkata, dia dibantu suami, Mohd Amin Ali, 48, yang bekerja di kedai getah sekerap bagi menampung kehidupan.

“Setiap kali anak-anak masuk wad, ia mengambil masa lama dan pernah sebelum ini, suami menjaga mereka di HUSM hampir sebulan hingga hilang pendapatan RM800 sebulan.

“Pada masa itu, kami terpaksa berhutang dengan majikan suami untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya di rumahnya di Gua Musang, hari ini.

Menurutnya, Mohd Nor Firdaus mula dikesan menghidap leukemia ketika berusia tiga tahun, manakala Mohd Amin Ruallah pula pada usia empat tahun.

Katanya, Mohd Adam Arif mengalami masalah tulang lembut ketika berusia tiga tahun dan dua betisnya menjadi bengkok.

“Kedua-dua anak yang menghidap leukemia itu mudah letih dan jika berlaku keadaan sedemikian kami segera membawa mereka ke HUSM.

“Kami buntu memikirkan soal perbelanjaan kerana Mohd Amin Ruallah dan Adam Arif perlu diberi susu tiga hingga empat kali sehari serta masih menanggung empat anak yang bersekolah,” katanya.

Katanya, tiga anaknya itu masih bersekolah, namun kerap tidak hadir kerana cepat letih dan tidak boleh berjalan.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan ke akaun bank berikut atas nama Cik Laily Che Musa:

Progress:

RM5 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Machang - Usianya baru mencecah 11 bulan namun sudah menanggung derita apabila terpaksa bergantung dengan suntikan Octreotide seumur hid...


Machang - Usianya baru mencecah 11 bulan namun sudah menanggung derita apabila terpaksa bergantung dengan suntikan Octreotide seumur hidup selepas disahkan menghidap penyakit Congenital Hyperinsulinism.

Ibunya, Siti Noradila Mohd Nurdin, 26, berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu dikesan menghidap penyakit berkenaan selepas lima jam dilahirkan.

“Saya melahirkannya di Hospital Machang namun, dia mengalami kebiruan dan dirujuk ke HUSM Kubang Kerian untuk rawatan lanjut sebelum disahkan menghidap penyakit itu.

“Tiga bulan dia dalam pemantauan sebelum dibenarkan pulang ke rumah kami di Kampung Merbau Chondong, Machang.

“Jika tengok luaran, dia nampak sihat dengan pipi dan tubuh montel tetapi hakikatnya, dia menderita penyakit yang perlu bergantung kepada ubat seumur hidupnya,” katanya.

Siti Noradila berkata, Nur Shazia Airis perlu mengambil ubat empat kali sehari untuk mengawal paras gula dalam badannya selain berjumpa pakar endokrinologi di HUSM sebulan sekali.

“Jika kekurangan gula yang teruk, dia mudah diserang sawan. Sebelum ini, sampel saya, suami dan anak sulung diambil untuk ujian DNA di makmal luar negara.

“Ia untuk pengesahan penyakit dan cadangan rawatan serta lain-lain berkaitan penyakit anak namun, sudah enam bulan menunggu keputusan itu,” katanya.

Buat sementara waktu, pakar tempatan mengesyorkan Nur Shazia Airis mengambil ubat mengawal paras gula dan menjalani pembedahan Laparoscopic Pancreas di China atau Eropah.

Bagaimanapun Siti Noradila berkata, pembedahan di luar negara memerlukan perbelanjaan tinggi dan sukar ditanggung keluarganya.

Ketika ini katanya, dia perlu memperuntukkan RM1,000 untuk membeli perubatan anaknya dan kelengkapan lain seperti jarum suntikan serta susu.

Suaminya, Mohd Syazwan Mat Yaakub, 30, adalah penjawat awam yang berpendapatan RM1,700 sebulan, manakala anak sulung, Muhammad Syamil Azfar, 5, bersekolah.

“Besar harapan kami untuk melihat Nur Shazia Airis sembuh dan menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank berikut atas nama Siti Noradila Mohd Nurdin atau menghubunginya:

014-5307190
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Pasir Puteh - Empat beradik dari Kampung Telaga Gayong dekat sini yang menghidap penyakit saraf hanya 'terperap' di dalam rumah ...


Pasir Puteh - Empat beradik dari Kampung Telaga Gayong dekat sini yang menghidap penyakit saraf hanya 'terperap' di dalam rumah apabila mereka hilang upaya untuk berdiri dan berjalan seperti manusia normal lain.

Keadaan itu menyebabkan empat beradik, Norhayati Hamid, 40, Muhammad Ridzuan,39, Nor Asiah, 30, dan Ahmad Sulaiman, 25, tidak mampu keluar dari rumah mereka lebih 20 tahun.

Bagaimanapun, keempat-empat beradik itu dilihat cukup 'tenang' mengharungi ujian dari Yang Maha Esa sambil ditemani ibu mereka, Sakinah Mat Noor, 62, dalam meneruskan kehidupan harian.

Tanpa berselindung, Nor Asiah yang masih mampu bertutur berkata, dia mula diserang penyakit saraf sejak di bangku sekolah menengah.

"Bermula dengan sakit-sakit badan dan akhirnya saya hilang upaya untuk berdiri seperti manusia normal yang lain.

"Begitu juga dengan kakak, abang dan adik. Mereka juga turut senasib dengan saya dan lebih menyedihkan lagi mereka sekarang tidak dapat bertutur dengan jelas," katanya.

Terdahulu Nor Asiah dan keluarga menerima kunjungan dari Kelab Sukarelawan Prihatin Kelantan  dan Komuniti Harapan Malaysia Zon 1 Limbongan.

Nor Asiah berkata, kakak sulungnya, Salina Hamid, 43, yang kini berada di Johor bersama suami turut diserang penyakit itu yang menyebabkan dia terlantar sakit dan tidak dapat bergerak seperti biasa.

"Mujurlah ada ibu, jika tiada apalah nasib kami berempat. Bila tengok ibu, kami jadi sedih kerana memikirkan dia yang terpaksa menjaga kami dari kecil sampai sekarang.

"Sepatutnya kami yang menjaga dia di usia tuanya tapi kami syukur sebab bantuan bulanan JKM sebanyak RM250," katanya.

Katanya, salah seorang adiknya Muhammad Juri, 37, yang bekerja sebagai jurukimpal turut membantu meringankan beban dengan menyara keluarga.

"Kudrat ibu sudah tidak segagah ketika usia muda untuk keluar menoreh getah," katanya.

Sementara itu, Sakinah berkata, dia reda menerima ujian tersebut dan akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dalam menjaga permata hatinya itu.

"Saya selalu berdoa supaya terus diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk menjaga mereka," katanya.

Bagaimanapun, orang ramai yang ingin membantu boleh buat demikian dengan menyalurkan wang ke akuan bank berikut atas nama Sakinah Mat Noor:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM1000



blog counter views

Kangar - Seorang ibu uzur di Kangar merayu sumbangan kewangan orang ramai bagi membantu meringankan beban perbelanjaan kanser anak lelak...


Kangar - Seorang ibu uzur di Kangar merayu sumbangan kewangan orang ramai bagi membantu meringankan beban perbelanjaan kanser anak lelakinya.

Anuar bin Omar dari Abi Batas Paip, dekat sini, disahkan menghidap kanser pundi kencing tahap 4.

Beliau yang tinggal bersama ibunya yang sudah berusia, tidak mampu menjalani rawatan susulan di Pulau Pinang atas faktor kemiskinan.

Dalam kehidupan setiap orang pasti akan terselit di dalam masalah yang tiada penyelesaian. Masalah-masalah sebegini boleh wujud untuk bertahun, malah mungkin seumur hidup.

Kita tidak boleh mengelakkan diri dari ujian Tuhan, Dia lebih mengetahui bagaimana untuk menguji kita.

Walaupun kita manusia paling berkuasa dunia, Tuhan boleh mengalahkan semua rancangan kita dan meletakkan kita dalam kesengsaraan jika Dia menghendaki.

Jika kita diuji, daripada berfikir “Ini tidak sepatutnya berlaku kepada saya!”, – anggaplah ia peluang untuk melatih kesabaran dan seruan untuk memperbaiki diri. Dan lakukan apa yang diperlukan untuk mendapat redha Allah.

Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: 

“Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10)

Mereka yang ingin menyumbang, boleh menghulurkan terus sumbangan kepadanya di kediaman yang beralamat di no. 212 Jalan Abi Behor Kebal, Jalan Abi Batas Paip 01000 Kangar.

Sumbangan juga boleh disalurkan menerusi akaun bank berikut milik adik beliau bernama Jasni bin Omar:

Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kongsi Portal Ini