KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

KCPbantu - Laman Bantuan Sosial Setempat Rakyat Malaysia

Saluran setempat memaparkan senarai golongan kurang bernasib baik / B40 / asnaf di Malaysia yang memerlukan bantuan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pemohon berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam artikel. Sebarang urusan atau pertanyaan sila emel ke: [email protected]

Advertisement Top




Mansa Musa; Raja Mali yang sangat kaya dan dermawan merupakan seorang yang menjaga kebajikan agamanya, negaranya, bangsanya, keluarganya d...

Mansa Musa; Raja Mali yang sangat kaya dan dermawan merupakan seorang yang menjaga kebajikan agamanya, negaranya, bangsanya, keluarganya dan dirinya

Sayyidina Ali bin Abi Talib علي بن أبي طالب telah berkata;

Simpan rahsiamu berdua sahaja: 
1. Dirimu 
2. Allah S.W.T 

Jagalah di dunia ini dua keredhaan: 
1. Ibumu 
2. Bapamu 

Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua perkara: 
1. Sabar 
2. Solat 

Jangan risau dua perkara ini: 
1. Rezeki 
2. Ajal 

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah S.W.T

Dua perkara yang tak perlu diingati selamanya: 
1. Kebaikanmu terhadap orang lain
2. Kesalahan orang lain terhadapmu

Dua perkara yang jangan dilupakan selamanya: 
1. Allah S.W.T
2. Alam Akhirat 

Empat orang ini janganlah engkau jauhi: 
1. Ibumu 
2. Ayahmu 
3. Saudara lelakimu 
4. Saudara perempuanmu 

Empat perkara ini hendaknya kamu berlindung daripadanya: 
1. Buntu (fikiran) 
2. Sedih 
3. Lemah 
4. Kedekut 

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka: 
1. Yatim 
2. Miskin 
3. Fakir 
4. Orang sakit 

Empat perkara yang memperindah dirimu: 
1. Sabar 
2. Tabah 
3. Tinggi ilmu (spiritual & fizikal) 
4. Dermawan 

Empat orang yang hendaknya kamu dekati: 
1. Orang yang ikhlas 
2. Orang yang setia 
3. Orang yang dermawan 
4. Orang yang jujur 

Empat orang yang hendaknya jangan kamu jadikan teman: 
1. Tukang bohong 
2. Tukang curi/rasuah 
3. Tukang hasut 
4. Tukang adu domba 

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka: 
1. Isterimu 
2. Anak-anakmu 
3. Keluargamu 
4. Sahabatmu 

Empat hal yang hendaknya kamu kurangi: 
1. Makan 
2. Tidur 
3. Malas 
4. Bicara berlebihan/gosip 

Empat hal yang jangan kamu putus: 
1. Solat 
2. Al-Quran 
3. Zikir 
4. Silaturrahim

Selamat Beramal أمين

Alor Setar - "Syukur kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa namun segala kelengkapan asrama termasuklah barangan peribadi pela...



Alor Setar - "Syukur kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa namun segala kelengkapan asrama termasuklah barangan peribadi pelajar, kipas, lampu, katil, perabot musnah dijilat api.

Maahad Tahfiz al-Quran Wal Hadis Imam Al Jazari, Tongkang Yard di sini memerlukan dana sebanyak RM83,000 bagi membaik pulih bangunan asrama pelajarnya yang musnah dalam kebakaran Selasa lalu.

Mudirnya, Muhammad Naim Ab Razak berkata, seramai 18 pelajar dan seorang guru berada di pusat tahfiz berkenaan ketika kebakaran memusnahkan asrama mereka kira-kira jam 9 malam, 24 Disember lepas.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga maahad tahfiz itu berkata, kesemua pelajar dan guru berkenaan sempat menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

"Begitu juga struktur binaan bangunan, siling dan bumbung turut musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca dari kegagalan kipas dinding berfungsi," katanya.

Beliau berkata, disebabkan itu kesemua pelajar berusia antara 8 tahun hingga 16 tahun terdiri daripada anak yatim, yatim piatu dan asnaf kehilangan tempat untuk berteduh.

"Jadi, mereka kini ditempatkan di penempatan sementara di Kampung Sematang Tebengau di sini," katanya.

Bagaimanapun Muhammad Naim berkata, pelajar di pusat tahfiz yang beroperasi sejak Februari 2017 itu tetap tabah meneruskan sesi pengajian al-Quran seperti biasa walaupun berdepan dugaan sedemikian.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut atas nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Hadis Imam Al-Jazari atau hubungi mereka:

012-2155265
Progress:

RM5 raised

Goal: RM83000



blog counter views

Kota Bharu - Bagi mencari pendapatan tambahan, dia juga menjual barangan terbuang seperti tin minuman, kotak, kertas dan besi buruk untu...


Kota Bharu - Bagi mencari pendapatan tambahan, dia juga menjual barangan terbuang seperti tin minuman, kotak, kertas dan besi buruk untuk dijual di tempat penjualan barangan kitar semula di sekitar bandar Kota Bharu.

Budu, kicap dan air kosong. Itulah menu harian Nooroslinawati Wahab, 43, yang juga ibu tunggal dan dua anaknya, Wan Maaisaroh Wan Mohamed, 13, dan Wan Maalih, 15, menyifatkan menu berkenaan sudah sebati dengan mereka sekeluarga kerana kesusahan hidup.

Tiga beranak dari Kampung Lundang di sini hanya mampu makan nasi berkuahkan budu, kicap atau air yang dibancuh bersama perencah mi segera akibat kemiskinan hidup.

“Kebiasaannya kami akan makan nasi kosong tanpa lauk apabila saya tidak dapat keluar bekerja disebabkan kurang sihat selain menghidap penyakit darah tinggi.

“Bagaimanapun, ada kalanya saya terpaksa menebalkan muka dengan meminta simpati daripada saudara terdekat hanya untuk meminta sedikit lauk mentah untuk dimasak apabila tidak lagi sanggup makan nasi kosong.

“Saya selalu berpesan kepada dua anak, mungkin sekarang kehidupan kita susah, namun dengan pendidikan dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk berjaya, tidak mustahil dapat mengubah kehidupan keluarga satu hari kelak,” katanya.

Nooroslinawati berkata, selepas arwah suami, Wan Mohamed Wan Ibrahim meninggal dunia pada 2016 disebabkan kencing manis kronik, dia kini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara dua anaknya yang masih masing-masing bersekolah di SMK Kubang Kerian 1.

“Ketika arwah suami masih hidup, kami bersama-sama mencari rezeki dengan berniaga menjual air tebu, namun kini tanggungjawab itu terpaksa digalas bersendirian dan anak-anak menjadi sumber kekuatan saya.

“Bagi meneruskan kelangsungan hidup, saya melakukan pelbagai pekerjaan sebelum ini termasuk mengemas rumah penduduk kampung dan kini menjadi pembantu masakan untuk tempahan katering di Padang Bongor dengan kadar upah RM30 sehari.

“Upah yang diperoleh hanya cukup untuk membeli keperluan harian selain perbelanjaan persekolahan dua anak tanpa ada baki untuk disimpan.

“Pada masa sama, saya juga bersyukur kerana dua anak masing-masing mendapat bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM100 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Katanya, bagi mencari pendapatan tambahan, dia juga menjual barangan terbuang seperti tin minuman, kotak, kertas dan besi buruk untuk dijual di tempat penjualan barangan kitar semula di sekitar bandar Kota Bharu.

“Saya akan mengumpul semua barangan terbuang yang dikutip ini dan dijual setiap tiga atau empat minggu sekali bergantung kepada jumlah kutipan yang diperoleh.

“Jualan yang saya dapat daripada kutipan barangan terbuang ini memanglah tidak seberapa iaitu sekitar RM35, namun ia dapat digunakan untuk membeli keperluan anak-anak,” katanya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Nooroslinawati Wahab di talian berikut:

012-9394577
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Kubang Pasu - "Saya berharap anak-anak akan terus cemerlang dan berjaya supaya mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Itu sah...


Kubang Pasu - "Saya berharap anak-anak akan terus cemerlang dan berjaya supaya mereka mendapat kehidupan yang lebih baik. Itu sahaja harapan saya sebagai ibu selain membuktikan kepada orang ramai bahawa anak pemungut sampah juga mampu berjaya,"

Itu luahan seorang ibu tunggal yang berbasikal sejauh 20 km setiap hari mencari barangan terbuang bagi menyara tiga anak sejak lebih 15 tahun lalu.

Rahimah Dollah, 54, tidak mengenal erti lelah mencari botol, kotak dan kertas terbuang di sekitar jalan serta tempat pembuangan sampah.

Namun, usahanya itu berbaloi apabila dua anaknya berusia 18 dan 24 tahun kini menjejakkan kaki ke menara gading manakala anak bongsu, Zainal Asyraf Che Hassan, 15, mendapat keputusan cemerlang 8A dalam PT3 baru-baru ini.

Dia yang kematian suami, Che Hassan Mohammed pada 2010 akibat kanser tulang menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selain memastikan ketiga-tiga anaknya berjaya biarpun menjalani hidup dengan serba kekurangan.

"Selagi masih berdaya untuk keluar mencari rezeki, saya tidak menghiraukan kata-kata orang sekeliling yang mempersoalkan rezeki saya daripada sampah dan barang buangan.

Boleh dikatakan setiap hari saya mengayuh basikal usang pemberian jiran untuk mencari rezeki. Biasanya barangan yang saya kutip ini dikumpul dan dijual dengan harga 20 sen sehingga 50 sen sekilogram.

Setiap tiga minggu sekali saya menjual barangan ini dan memperoleh RM100 sehingga RM120. Wang yang saya dapat ini digunakan untuk membayar hutang dan memberi wang saku kepada anak bongsu," katanya di rumahnya di Kampung Kubang Chenok, semalam.

Rahimah berkata, ada masanya dia meredah hujan dan panas terik namun memikirkan nasibnya yang perlu berusaha keras demi sesuap nasi, ia bagaikan memberi kekuatan untuk terus bertahan dan kuat.

Katanya, dia bersyukur kerana dua anaknya yang melanjutkan pelajaran di UniKL, Kulim dan Kolej Mara Kuala Nerang di Kedah mendapat pinjaman pelajaran sekali gus dapat mengurangkan bebannya.


Dia yang juga menghidap drah tinggi dan gastrik berkata, ketiga-tiga anaknya jarang sekali diberi wang saku untuk ke sekolah tetapi sentiasa memastikan makanan tersedia di rumah untuk dijamu.

Rahimah sekeluarga berteduh didalam sebuah rumah usang ,yang mana setiap tahun rumah ini ditengelami banjir. Kemurahan hati saudara arwah suami, membenarkan mereka sekeluarga tinggal dirumah ini tanpa dikenakan sewa.

"Anak bongsu saya yang masih bersekolah sudah mengerti kepayahan hidup kami malah dia tidak pernah merungut. Jika ada masa terluang dia turut sama membantu saya mencari botol dan kotak terbuang sekitar pekan Rantau Panjang sehingga ke Pekan Golok dengan hanya berbasikal.

Harapan saya sebagai ibu semoga anak terus cemerlang selain membuktikan kepada orang ramai bahawa anak pemungut sampah juga mampu berjaya," katanya yang menerima bantuan JKM sebanyak RM100 sebulan.

Rahimah turut berkongsi rasa gembira apabila anak keduanya Siti Zaitun Che Hassan, 18, yang mengikuti Asasi Sains di Kolej Mara Kuala Nerang mendapat keputusan 4.0 dalam ujian semester pertama.

Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama anak sulung Rahimah, Zainal Abidin Che Hassan atau boleh menghubungi:

018-9727681
Progress:

RM0 raised

Goal: RM500



blog counter views

Seremban - Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. P usat Jagaan Anak-anak Yatim Walidaina Senawang (PUJAYWA) membuka peluang kepada ...


Seremban - Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Walidaina Senawang (PUJAYWA) membuka peluang kepada Tan Sri/ Dato' / Datuk / Datin / Tuan / Puan
untuk menaja pembelian barangan persekolahan / makanan anak-anak dan asnaf di tempat ini seramai 12 orang.

Tajaan Back To School Anak Yatim

Anggaran kasar bagi seorang adalah sebanyak RM250 ianya termasuk :-
- baju + seluar sekolah 2 helai
- stokin 2 pasang
- songkok
- kasut sekolah
- buku-buku (RM 120 +-)

Tajaan Makan untuk Anak Yatim

Sarapan pagi + makan tengahari + makan malam. Total RM150 sahaja. Buka peluang kepada sesiapa yang berminat. Boleh niatkan kepada arwah yang kita sayangi.

Sesiapa yang berhajat untuk mengambil bahagian untuk menaja salah seorang atau beberapa orang.
Selepas membuat sumbangan atau transfer, WhatsApp pengurus dan maklumkan segera untuk rujukan pengurus.

Kami bukan peminta sedeqah, tapi kami cuma membuka peluang sahaja untuk pembaca memgambil manfaat di dunia dan di akhirat kelak. Semoga rezeki penyumbang dimurahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank berikut atas nama Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Walidaina atau hubungi Pengurus PUJAYWA, En Muhammad @ En Zack:

013-6369726
Progress:

RM0 raised

Goal: RM3000



blog counter views

Kuala Lumpur - Pada mulanya dia akan kerap muntah-muntah apabila diberi minum susu yang turut disertai dengan kahak. Namun disebabkan te...


Kuala Lumpur - Pada mulanya dia akan kerap muntah-muntah apabila diberi minum susu yang turut disertai dengan kahak. Namun disebabkan terlalu risau melihat keadaaan anaknya berterusan begini, suami isteri ini membawa si kecil mereka ke klinik dan doktor memaklumkan ia hanya virus biasa yang berlaku disebabkan kuman tambahan daripada abangnya yang ketika itu batuk dan kerap mencium pipi adiknya.

Sewaktu dilahirkan Atikah adalah seorang bayi yang tampak normal, namun pada 6 Jun yang lalu satu berita diterima, yang begitu pahit untuk ditelan bagi pasangan Anuar Husin dan Kamarul Ain Khosim. Doktor mengesahkan bayi itu menghidap Embryonal Tumor with Multilayered Rosettes tahap 4.

Lantas jawapan itu melegakan hati mereka, namun ia tidak berhenti setakat itu sahaja kerana bayi Atikah masih lagi muntah. Lebih memeranjatkan, selepas muntah mata Atikah kelihatan juling lantas membawa semula anaknya sekali lagi ke klinik disebabkan muntahnya lebih dari 10 kali.

Kemudian, bayi Atikah melalui prosedur CT Scan bagi mengenal pasti penyakitnya. Lalu doktor mengesahkan ada ketumbuhan di otak anaknya yang semakin membesar dan menyekat saluran air di kepala. 

8 Oktober: Atikah menjalani pembedahan kecemasan pada malam tersebut supaya dapat memasukkan shunt untuk keluarkan air dalam kepala supaya senang untuk melakukan pembedahan buang ketumbuhan. 

15 Oktober: Ketumbahan hampir 80% berjaya dibuang dan sampel ketumbuhan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Selepas dua hari pembedahan, air dan darah keluar menerusi jahitan sehingga menyebabkan Atikah demam panas sawan. 

Kemudian sekali lagi pada 23 Oktober, doktor melakukan jahitan semula di kawasan tempat bedah bagi mengelak darah dan air keluar. Lebih menyedihkan, selepas tiga minggu sampel pembedahan dihantar ke HKL, doktor mengesahkan bayi Atikah menghidap kanser otak tahap empat. Kanser itu berada dalam otak dan telah merebak ke saraf tunjang. 

Disebabkan ada kanser, maka kes anak mereka dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur dan menjalani rawatan kemoterapi yang terpaksa dilakukan selama empat hari berturut- turut selama 24 jam tanpa henti. 

5 Disember : Atikah sekali lagi perlu menjalani kemoterapi tetapi ditangguhkan kerana terdapat lubang di kepalanya. Anak kecil itu perlu menjalani pembedahan kali keempat terlebih dahulu sebelum sambung kemoterapi.

Dia yang sebelum ini berniaga kuih kini terpaksa sepenuhya menumpu perhatian kepada anak bongsunya itu dan tiga lagi anakya yang masing-masing berumur 3,7 dan 9 tahun. Kini, keluarga kecil ini hanya bergantung kepada gaji suaminya sahaja yang bekerja sebagai polis bantuan di Bandar Utama. 

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan anda ke akaun ibunya seperti di bawah atas nama Kamarul Ain binti Khosim:

019-2493498
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Pontian - Sepasang suami isteri di Kampung Nelayan Benut di sini buntu memikirkan kos rawatan bayi mereka yang menghidap jantung berluba...


Pontian - Sepasang suami isteri di Kampung Nelayan Benut di sini buntu memikirkan kos rawatan bayi mereka yang menghidap jantung berlubang dan tiga penyakit lain.

Alesha Iezarah, 8 bulan, yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir turut mengalami masalah saluran darah, salur pernafasan sempit dan kedua-dua kaki membengkok.

Bayi perempuan itu adalah anak kepada pasangan Roziana Mohd Amin, 33, dan Mohd Salleh Mustari, 43, yang turut mempunyai tiga anak menghidap penyakit sawan iaitu Aliyah Maisara, 15, Aliyah Syahirah, 13, dan Mohd Khairul Amin, 5.

Roziana berkata, dia hanya suri rumah manakala suaminya yang mengambil upah mencari daun nipah tidak mampu untuk membiayai kos rawatan untuk anaknya itu dan perjalanan ulang alik ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

"Selepas dilahirkan kedua-dua kaki Alesha Iezarah bengkok seakan sedang bersila namun keadaan kakinya bertambah baik selepas melalui terapi dan disimen pada usia 4 bulan.

"Saya dan suami akan bawa Alesha Iezarah ke IJN pada 3 Januari depan. Itu kali pertama kami ke IJN bagi rawatan susulan Alesha Iezarah. Difahamkan kos pembedahan dianggarkan mencecah RM11,000.

"Nak ke sana pun kami tiada wang ditambah dengan tiga anak kami yang akan bersekolah pada tahun depan. Semua duit digunakan untuk beli barang sekolah dan bayar yuran mereka," katanya di rumahnya di Kampung Nelayan Benut di sini semalam.

Menurutnya, pendapatan suami sebanyak RM10 sehari dan bantuan bulanan JKM sebanyak RM300 diterima sejak Oktober lalu masih tidak mencukupi lebih-lebih lagi mereka perlu membayar sewa rumah sebanyak RM150 sebulan.

"Suami ambil upah cari daun nipah di hutan dekat Benut dan upah diterima bergantung kepada jumlah daun nipah diperoleh. Satu kg daun nipah dapat upah RM1," katanya.

Roziana berkata, dia sukar meninggalkan anak-anak untuk bekerja membantu suami memandangkan tiga anaknya yang menghidap sawan memerlukan perhatian.

"Ketiga-tiga mereka pergi ke sekolah cuma tidak boleh terlalu penat kerana boleh diserang sawan. Jadi saya dan suami perlu perhatikan mereka selalu," katanya.

Bagaimanapun, dia dan suami tetap berharap supaya Alesha Iezarah dapat menjalani pembedahan jantung berlubang.

"Besar harapan kami hendak tengok Alesha Iezarah sihat dan membesar seperti kanak- kanak lain.

"Kalau ada yang mahu membantu boleh hubungi suami saya di talian berikut atau salurkan bantuan ke akaun bank berikut atas nama saya Roziana binti Mohd Amin," katanya.

011-12126892
Progress:

RM0 raised

Goal: RM11000



blog counter views

Jitra - Setiap insan mengalami pelbagai dugaan hidup dalam pelbagai keadaan. Pada usia 6 bulan ketika adik Muhammad Amar Farish Mohd Haf...


Jitra - Setiap insan mengalami pelbagai dugaan hidup dalam pelbagai keadaan. Pada usia 6 bulan ketika adik Muhammad Amar Farish Mohd Hafid masih bayi kecil, gumpulan di lengannya hanya sebesar bola ping pong. Namun ia kemudian terus tumbuh membesar sebesar buah kelapa sehingga hari ini.

Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Setiap kali dia mengangkat tangan kirinya, dia menangis kerana kesakitan yang begitu sukar untuk memakai pakaian, kata Mohd Hafid Ismail, 32.

Mohd Hafid berkata anak sulung kedua adik beradik itu akan menamatkan pengajian tahun depan, tetapi disebabkan pertumbuhan kelenjar anaknya, dia terpaksa membiarkan Muhammad Amar Farish berehat di rumah.

Dia berkata anaknya sudah sangat aktif sebelum tetapi ketika pertumbuhannya tumbuh, anaknya hanya duduk di rumah dan berbaring.

"Setiap bulan kami membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar tetapi doktor hanya memberi ubat penahan sakit dan ubat-ubatan yang boleh mengurangkan kesakitannya.

"Dia sering merungut kerana sakit sehingga dia dan isteri saya, Nur Shuhaida Musa, 31, mati dan hanya dapat menghiburkannya," katanya di rumahnya di Kampung Pida 4, Kodiang, Jitra semalam.

Mohd Hafid berkata, isterinya juga mengalami masalah kesihatan dan mempunyai 'hiper tiroid' dan terpaksa menjalani rawatan susulan di HSB setiap bulan.

"Muhammad Amar Farish kini tidak mempunyai selera makan untuk berat badannya dan beratnya hanya 26 kg," katanya.

Mohd Hafid berkata benjolan di ketiak telah berkembang dan dianggarkan mencecah hampir tiga kilogram.

Beliau berkata doktor mengatakan bahawa benjolan itu adalah lendir yang boleh mencampurkan darah dan nanah.

"Kami lebih prihatin apabila seketul kecil dikesan di lengan kiri Muhammad Amar Farish yang kelihatan seperti benjolan di lengannya dan terdapat juga benjolan di lengan kanan.

"Kami hanya memberinya susu susu biasa untuk memenuhi selera makannya kerana saya tidak mampu susu formula khas kerana pendapatan saya sebagai pengawal keselamatan sekolah hanya RM1,700 sebulan," katanya.

Dalam hal ini, orang yang ingin menderma boleh melakukannya melalui akaun bank atas nama Nur Shuhaida atau hubungi mereka:

017-5450662
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kota Bharu - Assalamualaikum. Saya adalah ibu kepada Nur Hasfiza Aswaty binti Ayub. Anak saya disahkan menghidap kanser neuroblastoma ta...


Kota Bharu - Assalamualaikum. Saya adalah ibu kepada Nur Hasfiza Aswaty binti Ayub. Anak saya disahkan menghidap kanser neuroblastoma tahap 4 sejak bulan 5 pada tahun ini.

Saya hanya berkerja sebagai pembantu di kantin sekolah sebelum anak saya disahkan ada kanser, dan saya hanya ibu tunggal (bercerai hidup).

Setelah anak saya sakit saya tidak dapat berkerja disebabkan rawatan intensif kimoterapi terhadap anak saya.

Anak saya telah membuang tumor kanser pada 19.9.2019 di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Tapi malangnya pada 10 Oktober telah buat ct scan brain dan result telah menunjukan sel kanser telah merebak di tengkorak kepala dan yang terbaru doctor mengatakan ada ketulan di limpa.

Saya masih ada 2 orang anak lagi yang umur 12 tahun dan 6 tahun, yang umur 12 tahun terpaksa diberhentikan sekolah kerana saya tidak mampu membayar tuisyen untuk UPSR dan saya mengambil keputusan menghantar ke pondok. 

Anak saya yang usia 6 tahun dijaga sepenuhnya oleh ibu saudara saya. Tahun depan akan melangkah ke tahun 1 dan satu apa pun persiapan tidak dapat dilakukan lagi.

Saya penerima bantuan JKM atas kelayakan ibu tunggal dan hanya menerima RM300 sahaja, dengan keadaan saya yang tidak berkerja dan perlu berulang alik ke hospital duit JKM itu tidak mencukupi kerana saya juga perlu membeli pampers bila anak saya perlu kimo.

Alhamdulillah, baru lepas kimoterapi. Nur baru mula nak makan. Walaupun masih lagi letih dengan kesan kimo. Kuat bangkit sebab harapan Nur nak sihat. Nur nak pergi sekolah katanya. Ummi hanya iakan ja. Yang sebenarnya rawatan Nur masih panjang lagi.

Dengan rendah diri saya memohon bantuan sedikit untuk meringankan beban saya. Jika tidak dapat membantu saya dengan wang ringgit saya harap dapat membantu dengan share kisah ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan ke akaun bank berikut atas nama Emy Ezilliani bt Muhd Saidi:

Emy Ezilliani
Progress:

RM0 raised

Goal: RM2000



blog counter views

Kongsi Portal Ini